PASUKAN KHAS DITUBUH SIASAT PEMBUNUHAN TKP KASTAM


Ipoh, 26 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Saharuddin Ibrahim yang maut ditembak di Putrajaya hari ini. Beliau berkata pasukan itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin bagi menyiasat dan memburu suspek pembunuhan itu. “Siasatan s2013-04-27-00-05-18--362688425edang dijalankan…saya akan pastikan siasatan akan dijalankan secara terperinci dan kita akan mencari mereka yang bertanggungjawab itu.

“Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki mangsa bersama pemandunya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra anggota keselamatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Markas Briged Utara Hulu Kinta di sini hari ini.
Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Ismail berkata sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan namun beberapa individu telah dipanggil untuk membantu siasatan. Beliau berkata hasil siasatan awal, polis mengenal pasti beberapa motif kejadian itu namun masih terlalu awal untuk dihebahkan. Katanya, mangsa dipercayai terkena tembakan di leher, kepala dan sebelah kiri badan, bagaimanapun perlu tunggu laporan bedah siasat. Beliau turut menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pilihan raya dan mengingatkan orang ramai terutamanya di Putrajaya agar jangan gusar dengan keselamatan di kawasan itu. “Ini kejadian berasingan, tiada kaitan dengan pilihan raya…ia merupakan satu jenayah pembunuhan ke atas pegawai penguatkuasa undang-undang.

“Kita tidak boleh terima kejadian ini di mana pegawai penguatkuasa menjadi mangsa dan seolah-olah untuk menakutkan dan mencabar keberkesanan pihak penguatkuasa menjalankan tugas,” katanya. Beliau berkata polis akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang yang lain seperti kastam dan imigresen bagi mengumpul maklumat, seterusnya menjejak suspek. Katanya, kejadian pembunuhan itu tidak akan sesekali melemahkan semangat semua pegawai penguatkuasa undang-undang, malah akan dijadikan cabaran dalam menjalankan tugas.Ismail turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut atau mempunyai sebarang maklumat agar tampil menghulurkan maklumat di mana-mana balai polis. -BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s