Kebaikan Seks Dari Segi Kesihatan.


seks

Hubungan seks suami isteri merupakan suatu keperluan atau fitrah manusia bagi mewujudkan kasih sayang, mendapatkan ketenangan dan memperolehi zuriat. 
Tahukah anda bahawa seks juga memberi kebaikan dari segi kesihatan seperti yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah :

1) Seks mengurangkan stress

Mereka yang kerap melakukan aktiviti seks dilihat lebih ceria, tiada masalah dan tahu bagaimana untuk mengawal stress.

2) Seks meningkatkan imuniti badan

Melakukan seks sekali atau dua kali seminggu dikaitkan dengan peningkatan antibodi immunoglobulin A atau IgA, yang boleh mengurangkan anda dijangkiti selsema dan lain-lain jangkitan.

3) Seks membakar kalori

Tiga puluh minit melakukan seks membakar 85 kalori atau lebih.  Jika nak banyak lagi kalori dibakar lakukan dengan lebih lama dan kerap.

4) Seks baik untuk jantung

Aktiviti seks adalah bentuk senaman yang meningkatkan degupan jantung dan melancarkan aliran darah.  Penyelidikan menunjukkan melakukan seks dua kali atau lebih seminggu mengurangkan separuh serangan jantung.

5) Seks meningkatkan nilai kendiri

Cara yang paling cepat dan ringkas untuk meningkatkan mood, melawan depresi dan kerungsingan ialah melakukan seks.

6) Seks mengeratkan hubungan

Melakukan seks dan memperolehi orgasme meningkatkan tahap hormon oxytocin, iaitu hormon cinta.  Hormon ini membuatkan anda lebih rapat dengan pasangan dan meningkatkan kepercayaan.  Tinggi hormon oxytocin juga dikaitkan dengan perasaan pemurah.

seks

7) Seks mengurangkan kesakitan

Endorphins meningkat seiring dengan peningkatan hormon oxytocin dan ini akan mengurangkan kesakitan.

8) Seks mengurangkan risiko kanser prostat

Penyelidikan menyatakan, pancutan yang kerap terutama mereka yang berumur 20an akan mengurangkan risiko kanser prostat apabila umur meningkat tua.

9) Seks membantu dalam pengawalan pundi kencing

Terapi seks mencadangkan wanita melakukan senaman kegel juga di waktu hubungan seks.  Senaman ini membuatkan otot berkaitan inkotinen menjadi kuat.

10) Seks membolehkan anda mendapat tidur yang nyenyak

Hormon oxytocin juga membantu dalam tidur.  Seks, rasa dicintai, stress kurang, kebimbangan hilang dan ini membantu dalam mendapatkan tidur yang nyenyak.

11) Seks menjadikan kulit anda sihat

Ketika seks, badan mengeluarkan hormon DHEA yang boleh meningkatkan sistem imuniti, kulit yang sihat dan mengurangkan depresi.

seks

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s