Cerebral Palsy | Apa, Sebab dan Rawatan


K_CP1

Apa Itu Cerebral Palsy.

Cerebral palsy (CP) adalah satu istilah yang luas digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pengidap “palsies” kronik yang mana terdapat gangguan yang menjejaskan kawalan pergerakan berpunca kerosakan ketika perkembangan otak. CP selalunya berlaku ketika usia 2 atau 3 tahun. Ianya diketegorikan gangguan otak nonprogressive yang bermaksud kerosakan otak tidak terus terjadi sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, gejala-gejala akibat kerosakan otak sering berubah mengikut masa – kadang-kadang ianya bertukar menjadi lebih baik dan kadang-kadang menjadi lebih teruk. CP adalah salah satu punca paling biasa kecacatan kanak-kanak kronik.

Antara 35% dan 50% daripada kanak-kanak mengidap CP akan mempunyai gangguan tumbesaran yang disertakan dan sedikit terencat mental. Mereka juga mungkin mempunyai masalah pembelajaran dan masalah penglihatan, pertuturan, pendengaran, atau bahasa.

Ramai yang masih tidak mengetahui sebab-sebab gangguan itu, tetapi terdapat bukti yang menyokong teori bahawa ianya daripada sebab

  • Jangkitan (Meningitis)
  • Kecederaan semasa kelahiran
  • Kurang bekalan oksigen ke otak sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
  • Dehidrasi yang melampau sehingga mengakibatkan kecederaan otak
  • Trauma fizikal di otak

cerebral-palsy-infographic

Apa yang menyebabkan penyakit Cerebral Palsy?

Sebelum lahir; 

  • berlaku jangkitan pada rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis sehingga menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi.
  • ibu mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & kurang darah semasa mengandung
  • si ibu mengalami pendarahan teruk semasa mengandung
  • kekurangan bekalan oksigen (anoxia)
  • Pendedahan kepada bahan2 toksik (alkohol, rokok & dadah) – merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.
  • Kekurangan zat makanan seperti makanan seimbang, vitamin & asid folik boleh menjejaskan pertumbuhan janin.
  • Faktor genetik – masalah terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan.

Semasa lahir; 

  • kelahiran tidak cukup bulan (premature birth)
  • bayi mengalami kecederaan otak semasa lahir
  • bayi lemas semasa lahir
  • bayi tertelan najis sendiri
  • jangkitan kuman semasa lahir
  • penyakit kuning (jaundis)

Selepas proses kelahiran;

  • Asphyxia – penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak
  • Shaken Baby Syndrome – bayi yang digoncang terlalu kuat semasa menangis
  • Keracunan ubat-ubatan – panadol, minyak tanah dsbgnya.
  • Tertelan benda asing – guli, duit siling
  • berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan @ penganiayaan fizikal.

Cerebral-Palsy-birth-disorders-article

Tanda dan simptom.

Tanda-tanda dan simptom muncul semasa peringkat awal atau semasa prasekolah lagi. Secara umum, tanda-tanda cerebral palsy adalah pergerakan seseorang akan terjejas disebabkan refleks dibesar-besarkan, kekakuan anggota dan otot postur yang tidak normal, gerakan luar kawalan, kegoyangan berjalan, atau antara gabungan ini.

Pengidap cerebral palsy juga mungkin mempunyai kesukaran ketika menelan makanan atau minuman dan biasanya mempunyai ketidakseimbangan otot  mata.

Kesan cerebral palsy pada kebolehan berfungsi amat berbeza. Sesetengah orang boleh berjalan dan ada yang tidak boleh berjalan. Sesetengah orang menunjukkan perkembangan intelek yang biasa, tetapi yang lain mungkin kurang upaya intelektual. Epilepsi, buta atau pekak juga boleh berlaku.

Jenis-jenis Cerebral Palsy

dwe00211g20_1_

Dikategorikan kepada 3 jenis

Spastik (otot-otot keras)

  • Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
  • Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
  • Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
  • Seluruh badan – “quadriplegia”

Ataxia 

  • Otot-otot tangan & kaki lembik
  • Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.

Athetoid/Diskinetik

  • Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
  • Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.

Kaedah rawatan/terapi

Terapi fizikal 

  • Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching) Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
  • Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.

Cerebral-Palsy-birth-disorders-article

Terapi hidro/air 

  • Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
  • Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang. Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.

Terapi cara kerja (Occupational Therapy)

  • Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki. Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya. Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.

Mengetahui-Penyebab-Cerebral-Palsy-2

Terapi pertuturan 

  • Melatih pergerakan bibir dan lidah. Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
  • Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)

Terapi Integrasi Sensori

  • Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan. Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.

Terapi ubat-ubatan 

  • Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan. Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
  • Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.

v10all

Pembedahan/Surgery 

  • Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu. Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
  • Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan. Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.

Peralatan (special equipment)

  • Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
  • Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan. Contoh: kerusi roda & walker

Bagaimana Bio Velocity dapat membantu

Bio Velocity dapat membantu pengidap Cerebral Palsy dengan melancarkan peredaran darah kepada setiap anggota badan yang memerlukan ketika tidur. Tidur yang nyenyak dapat mengembalikan dan memperbaharui sel-sel badan yang rosak.

bvsm-pic-1

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

Keistimewaan BVSM

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Sesungguhnya kanak-kanak cerebral palsy tidak boleh sembuh sepenuhnya. Akan tetapi terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mereka memaksimumkan keupayaan dan kekuatan fizikal, dan seterusnya dapat memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”

                                                                         (Riwayat Muslim dan Ahmad)

 

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi

Helmi Mokhtar

6

+6019.359 6369
Whatapps, Wechat, SMS, Call

email: askme@helmimokhtar.com

Advertisements

One thought on “Cerebral Palsy | Apa, Sebab dan Rawatan

  1. askum..doc..sy nk tnya,kanak2 penyakit cerebral palsy ni memang selalu kejang?urutan bagaimana yg boleh melembutkn otot yg selalu kejang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s