9 years and still counting…


Hari ini merupakan Ulang tahun ke 9 perkahwinan saya dan isteri (Farahdila Miskam). Dan juga hari kelahiran isteri tercinta.

Sebenarnya dia Isteri saya..

Sebenarnya dia Isteri saya..

 

Masih teringat lagi tanggal 3 Jun 2005 pabila saya menghenjut tangan Wali Isteri ku terasa berat di dada terus hilang dan bertambah berat di bahu dek kerana tanggungjawab yang perlu saya pikul. Pabila di ukur tempoh 9 tahun bersama, pasangan tak lari dari ditimpa kesulitan dan juga terguris. Bak kata pepatah

“sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” 

Buat isteri tersayang
“Abang ucapkan terima kasih kerana memahami diri ini. Terima kasih juga terima Abang seadanya.”

-Helmi Mokhtar

DSC02146

DSC02139

DSC02129

Nak tips tak?

Senang jer nak kekalkan kebahagian ada 3 syarat yang penting.

  1. Sikap menerima dan memberi perlu sentiasa diamalkan oleh suami mahupun isteri

  2. Tolak ansur merupakan kunci kepada segala kebahagiaan

  3. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan perbincangan dengan syarat tips no. 2 diambil kira 

 

315F3653

DSC00090

 

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteri ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Amin ya Rabbal Alamin

 

Leave a comment