ALFALFA | Bapa kepada semua makanan


image

Apakah itu ALFALFA?

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.

–>FAKTA KHASIAT ALFALFA

Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein.

image

Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa  makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.

image

–>KEISTIMEWAAN ALFALFA

–>Menyahtoksid Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan.

–>Menggalakkan sistem penghadaman yang baik Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

–>Mengalkalikan badan Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.

–>Menghilangkan bau nafas Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.

–>Mengurangkan haba badan yang berlebihan Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.

–>Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.

Satu botol boleh dimakan sekeluarga. Amatlah sesuai untuk anak-anak yang tak suka makan sayuran kerana kandungan klorofil dalam 1 sudu bersamaan 1 KG sayur-sayuran atau 35 KG buah anggur. So anak anda akan mendapat khasiat sayuran walupun tak suka sayur.

image

image

Dan untuk satu botol yang diminum sekeluarga boleh bertahan sehingga 2 bulan. Anak-anak anda pasti akan menyukainya. Boleh juga diberi sebagai bekalan anak anda ke sekolah. Dan anak anda pasti akan cergas bertenaga sepanjang tempoh pembelajaran.

Harga pasaran : RM 78.00 dan helmi nak bagi promosi pengenalan kepada semua sehingga 1 ogos 2014. RM 70.00 untuk 1 botol dan RM 2 akan di infaqkan ke tabung Gaza. Di http://www.tabunggaza.com

Cepat jangan lepaskan peluang. Beli sambil beramal dan beli untuk kesihatan generasi kita.
Hubungi saya Helmi Mokhtar di

Email : askme@helmimokhtar.com
Phone: +6019 359 6369 (tel/sms/whatapps/wechat/telegram)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s