22 TIPS | Jimat Kos Bahan Api Kenderaan


Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pengurangan SUBSIDI bahan api sebanyak 20 sen. Bahan apai yang terlibat hanyalah RON95 dan juga DIESEL. Dan sudah pasti kos penggunaan bahan api ini juga akan meningkat dan maikin nipislah poket kita. Disini saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh berjimat dan boleh mengurangkan kos penggunaan bahan api. Tips cara jimat minyak petrol ni bolehlah dicuba untuk kenderaan anda.

OILPRICE_gfx_L

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.

9480445

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

petrol

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Amalkan Pengisian Penuh Tangki “Full Tank”

Fuel Gauge

Ini sama juga dengan tips ke 3. Bila ruang udara didalam tangki tiada maka tekanan terhadap petrol pun akan berkurangan.

5. Isi minyak dalam jumlah Liter bukannya Ringgit.

wpid-img_20141013_185344.jpg

Ini kerana mudah untuk kita memantau liter yang masuk kedalam tangki petrol (mengelakkan penipuan) dan juga di pum petrol hanya boleh mengukur jumlah liter sehingga 2 titik perpuluhan sahaja.  Sebagai contoh jika kita mengiri RM 30.00 maka liter yang sepatutnya kita dapat adalah 13.04347826086957 liter so kita akan kerugian sebanyak 0.00347826086957. Anda fikir ini sedikit tapi jumlah bersamaan 1 sudu teh.  Sebagai contoh isi

Isi dalam liter.

RM 23 = 10 liter
RM 46 = 20 liter
RM 69 = 30 liter

6. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda

Fuel_1_5

Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

7. Periksa tekanan angin tayar anda.

Fuel_1_5

Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

8. Penyelenggaraan

Servis JTX

Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

9. Gunakan minyak enjin dengan Teknologi Tribology

JTX 1000 gold

 

Tribology adalah pembangunan teknologi dalam mengoptimumkan proses geseran. Makin kurang geseran dua permukaan (Omboh dan Dinding Omboh) maka makin kurang tenaga yang digunakan.  Maka penjimatan penggunaan bahan api akan lebih ketara. Contoh minyak enjin yang mempunyai Teknologi Tribology adalah JTX1000 Dan JTX1000 Gold

10. Kelajuan

sticker-max-speed-90-r-gloss

Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak. Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

11. Matikan enjin

off your engine

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

12. Penggunaan gear yang betul

R8-Manual

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

13. Penggunaan Brek dengan betul

brek1

Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

14. Rancang perjalanan

CFVEOs2

Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan. Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

15. Minimum penggunaan kenderaan

Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat

16. Tutup air-cond

Fuel_1_5

Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

17. Tutup tingkap kereta

Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

18. Elak jalan sesak

Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.

19. Jaga enjin kenderaan

Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.

20. Sentiasa berkongsi kenderaan

Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.

21. Panaskan enjin dengan betul

Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

22. Guna NGV

Semestinya penggunaan NGV lebih jimatt berbanding petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang bagusnya adalah anda boleh tukar pilihan jenis minyak yang anda mahu gunakan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Tapi penggunaan NGV akan memakan sedikit ruang kenderaan anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s