7 sikap orang berjaya


Ramai yang impikan untuk berjaya melebihi orang lain. Walaupun ramai yang mahukan begitu, namun tak ramai pula yang mendapat kejayaan yang diimpikannya.

Pra-syarat untuk mendapatkan sesuatu biasanya bermula daripada adanya keinginan. Oleh itu, agak pelik juga kenapa kalau dah ramai sangat orang yang ingin berjaya ke tahap yang tinggi, hanya terlalu sedikit yang dapat?.

Untuk menjawab semua persoalan tersebut, maka kajian demi kajian dilakukan oleh mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia orang yang berjaya. Salah satu kajian berikut menyenaraikan 7 sikap yang biasanya ada pada semua mereka yang berjaya di tahap tinggi.

Jika anda mahu pastikan samada anda ada potensi untuk naik ke atas lagi dalam tempoh 5 atau 7 tahun dari sekarang, pastikan anda sentiasa perhatikan ciri-ciri berikut sentiasa ada dalam diri anda:

  1. Bertenaga dan berstamina – Mereka yang bertenaga dan punyai stamina tinggi sanggup dan mampu bekerja bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam. Itu amalan biasa bagi para usahawan yang mahu nak mula berniaga dan terpaksa melakukan semua kerja sendiri bagi menjimatkan modal yang perlu dikeluarkan.
  2. Fokus – Ini tak perlu dikatakan lagi secara terperinci. Semua orang tahu nak berjaya dalam apa saja perlu fokus. Masalahnya mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak fokus. Mungkin juga lebih teruk lagi apabila ramai yang tak tahu apa ke benda fokus itu sebenarnya…? Sebagai tips, jika anda sekejap berniaga online dan sekejap berniaga off line dan sekejap jual roti canai…dalam setahun anda ada 17 ‘business card’ dari jenis perniagaan yang berbeza…tahap fokus anda memang hancur!.
  3. Sensitif dengan orang lain – Orang yang ada sikap memahami keperluan atau kehendak orang lain melalui usaha memahami perasaanya biasanya akan lebih berjaya. Anda tidak semestinya memenuhi kehendak atau keperluannya itu, sebaliknya menggunakan kecekapan anda memahaminya untuk meyakinkan orang itu agar menurut arah tujuan anda.
  4. Fleksibel – Mungkin ada yang tak bersetuju dengan sikap orang yang mudah berubah menyesuaikan diri untuk berjaya. Terutamanya dalam arena politik, lompat parti yang dirasakan lebih kuat walaupun mungkin satu tindakan bijak merupakan satu amalan yang dipandang buruk. Tetapi orang yang fleksibel atau terbuka dan bersedia untuk berubah teknik atau pendekatan bagi mencapai kejayaan biasanya lebih berjaya daripada orang lain yang degil!.
  5. Kesediaan menghadapi konflik – Jika anda bersedia untuk bergaduh dan pertahankan kedudukan anda, anda memang ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh. Biasanya mereka yang sentiasa beransur setipa kali ditolak tak akan pergi ke mana-mana…mereka berakhir dengan duduk berangan-angan di kampung!.
  6. Bersedia kalah untuk menang – Kalau asyik beransur sahaja tidak bagus, begitu juga kalau asyik lawan dengan semua atau sesiapa saja, juga tak menjamin kejayaan. Oleh itu, mereka yang hebat biasanya mampu menelah keperluan samada untuk berlawan atau berkawan dan menelan ego. Mendengar suruhan isteri dan mengikut segala katanya kelihatan seperti kalah. Tapi sebenarnya ia dilakukan untuk menutup muslihat suami yang telah berkahwin seorang lagi di Thailand!…sekadar contoh.
  7. Solat dan mengingati Ibu Bapa – Ya.. ini sebenarnya kunci segala kejayaan. tak kira muslim atau non-muslim. sembahyang lah mengikut agama anda. Kerana rezeki datang dari yang Maha Pencipta Allah S.W.T. Jika kita sombong pada nya macam mana rezeki nak diturunkan. Dan juga ingat..Ingat…Ingat kepada ibu dan ayah kita yang telah membesarkan kita. Jasa mereka tiada balasnya. Dengan sentiasa ingat dan mengambil peduli tentang ibubapa kita dengan sentiasa bertanya khabar, sentiasa menziarahi dan sentiasa bersama meraka insyallah sedikit sebanyak memudahkan pintu rezeki terus terbuka seluas-luasnya.

Begitulah 7 sikap yang perlu ada pada setiap orang yang mahu berjaya di tahap tinggi. Apakah anda punyai semua sikap yang saya sebutkan di atas?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s