7 sikap orang berjaya

Ramai yang impikan untuk berjaya melebihi orang lain. Walaupun ramai yang mahukan begitu, namun tak ramai pula yang mendapat kejayaan yang diimpikannya.

Pra-syarat untuk mendapatkan sesuatu biasanya bermula daripada adanya keinginan. Oleh itu, agak pelik juga kenapa kalau dah ramai sangat orang yang ingin berjaya ke tahap yang tinggi, hanya terlalu sedikit yang dapat?.

Untuk menjawab semua persoalan tersebut, maka kajian demi kajian dilakukan oleh mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia orang yang berjaya. Salah satu kajian berikut menyenaraikan 7 sikap yang biasanya ada pada semua mereka yang berjaya di tahap tinggi.

Jika anda mahu pastikan samada anda ada potensi untuk naik ke atas lagi dalam tempoh 5 atau 7 tahun dari sekarang, pastikan anda sentiasa perhatikan ciri-ciri berikut sentiasa ada dalam diri anda:

  1. Bertenaga dan berstamina – Mereka yang bertenaga dan punyai stamina tinggi sanggup dan mampu bekerja bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam. Itu amalan biasa bagi para usahawan yang mahu nak mula berniaga dan terpaksa melakukan semua kerja sendiri bagi menjimatkan modal yang perlu dikeluarkan.
  2. Fokus – Ini tak perlu dikatakan lagi secara terperinci. Semua orang tahu nak berjaya dalam apa saja perlu fokus. Masalahnya mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak fokus. Mungkin juga lebih teruk lagi apabila ramai yang tak tahu apa ke benda fokus itu sebenarnya…? Sebagai tips, jika anda sekejap berniaga online dan sekejap berniaga off line dan sekejap jual roti canai…dalam setahun anda ada 17 ‘business card’ dari jenis perniagaan yang berbeza…tahap fokus anda memang hancur!.
  3. Sensitif dengan orang lain – Orang yang ada sikap memahami keperluan atau kehendak orang lain melalui usaha memahami perasaanya biasanya akan lebih berjaya. Anda tidak semestinya memenuhi kehendak atau keperluannya itu, sebaliknya menggunakan kecekapan anda memahaminya untuk meyakinkan orang itu agar menurut arah tujuan anda.
  4. Fleksibel – Mungkin ada yang tak bersetuju dengan sikap orang yang mudah berubah menyesuaikan diri untuk berjaya. Terutamanya dalam arena politik, lompat parti yang dirasakan lebih kuat walaupun mungkin satu tindakan bijak merupakan satu amalan yang dipandang buruk. Tetapi orang yang fleksibel atau terbuka dan bersedia untuk berubah teknik atau pendekatan bagi mencapai kejayaan biasanya lebih berjaya daripada orang lain yang degil!.
  5. Kesediaan menghadapi konflik – Jika anda bersedia untuk bergaduh dan pertahankan kedudukan anda, anda memang ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh. Biasanya mereka yang sentiasa beransur setipa kali ditolak tak akan pergi ke mana-mana…mereka berakhir dengan duduk berangan-angan di kampung!.
  6. Bersedia kalah untuk menang – Kalau asyik beransur sahaja tidak bagus, begitu juga kalau asyik lawan dengan semua atau sesiapa saja, juga tak menjamin kejayaan. Oleh itu, mereka yang hebat biasanya mampu menelah keperluan samada untuk berlawan atau berkawan dan menelan ego. Mendengar suruhan isteri dan mengikut segala katanya kelihatan seperti kalah. Tapi sebenarnya ia dilakukan untuk menutup muslihat suami yang telah berkahwin seorang lagi di Thailand!…sekadar contoh.
  7. Solat dan mengingati Ibu Bapa – Ya.. ini sebenarnya kunci segala kejayaan. tak kira muslim atau non-muslim. sembahyang lah mengikut agama anda. Kerana rezeki datang dari yang Maha Pencipta Allah S.W.T. Jika kita sombong pada nya macam mana rezeki nak diturunkan. Dan juga ingat..Ingat…Ingat kepada ibu dan ayah kita yang telah membesarkan kita. Jasa mereka tiada balasnya. Dengan sentiasa ingat dan mengambil peduli tentang ibubapa kita dengan sentiasa bertanya khabar, sentiasa menziarahi dan sentiasa bersama meraka insyallah sedikit sebanyak memudahkan pintu rezeki terus terbuka seluas-luasnya.

Begitulah 7 sikap yang perlu ada pada setiap orang yang mahu berjaya di tahap tinggi. Apakah anda punyai semua sikap yang saya sebutkan di atas?

Advertisements

#JOMEROPAH (Hungary & Austria) | The New Best Incentive Ever

ANDA SUKA MELANCONG?

ANDA SUKA MELANCONG SECARA PERCUMA?

IMG-20140703-WA0004

Jom saya nak bawa anda sekali melancong bersama saya dan #GLAMprenuer yang lain untuk melancong ke negara yang saya sendiri tidak pernah terfikir untuk pergi melancong iaitu.

57578_742114752511863_7598454056396603384_o

EUROPE

AUSTRIA + HUNGARY


 

Apa yang menarik disana?

BUDAPEST, HUNGARY

promo_999_en

mhungary

promo_1116_en

b-aquaworld-budapest-ramada-resort-hotel-budapest-hotel-ramada-resort-budapest-aquaworld-budapest

westend-city-center-budapest

Budapest50_3

budapest-christmas-tram2_574_382

Parliament-at-dusk-Icy-Danube-River-Budapest-Hungary


 

VIENNA, AUSTRIA

2138439125

56

austria_jetty

albertina--wien-tourismus-lois-lammerhuber--d

 

KATA ORANG

“Jauh Perjalanan, Luas pemandangan”

IMG-20140703-WA0001

 

MACAM MANA NAK PERGI SECARA PERCUMA?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh terus hubungi saya, dan saya akan ceritakan bagaimana anda boleh layak 1 tiket pergi balik (termasuk penginapan, makanan, pengangkutan, dan libur)

Helmi Mokhtar

+6019 – 359 6369

#rayakaya GiveAway

Untitled-4

‪#‎rayakaya‬ SHARE & WIN Premium Beautiful

Kongsikan gambar atau pun status dari page ini yang mempunyai hashtag #rayakaya di laman sosial (facebook, Instagram ataupun Blog) anda dan anda berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa 1 SET Premium Beautiful bernilai RM2366.00.

Lagi banyak anda kongsikan lagi tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah utama tersebut.

Cepat kongsikan sekarang.

 

log on to

http://instagram.com/farahdillamiskam

https://www.facebook.com/PB.Farahdilla

http://farahdilla.com/

_________________________________________________

#rayakaya SHARE & WIN Premium Beautiful

Share photos or status from this page with the hashtag #rayakaya on your social media sites (Facebook, Instagram or blog) and you stand to win lucky draw 1 SET Premium Beautiful worth RM2366.00.

The more you share the higher your chances of winning the grand prize.

Quickly share now.

log on to

http://instagram.com/farahdillamiskam

https://www.facebook.com/PB.Farahdilla

http://farahdilla.com/

#rayakaya SHARE & WIN Premium Beautiful

Berita Baik!

Facebook Page PREMIUM BEAUTIFUL

fb icon page copy

melancarkan kempen

#rayakaya SHARE & WIN Premium Beautiful

di tiga medium media sosialnya iaitu

Facebook, Instagram dan Blog

 

Hadiah yang ditawarkan bagi pemenang yang bertuah adalah

pb-1

1 X Set Pakaian Dalam Pembentukan Badan Wanita Premium Beutiful

SAIZ NORMAL (1xLong Bra, 1xWaist nipper dan 1xLong Girdle).

Bernilai RM 2366.00 

 

WOW!!!

 

So ladies.. boleh melaram dengan Premium Beautiful Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.

untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook Page Premium Beautiful di alamat

https://www.facebook.com/PB.Farahdilla

 

KLIK SINI TERMA SYARAT untuk terma dan syarat

KLIK SINI Untitled-1 untuk borang penyertaan

Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke – 34 telah Mangkat

Dengan rasa sedih dan hibanya di maklumkan

DYMM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH 

Perak

Sultan Perak yang ke 34 (naik Takhta pada 3 Februari 1984) telah mangkat sebentar tadi. 28 Mei 2014

Dengan rasa sedih dan hiba patik anak jati Negeri Perak mengucapkan salam Takziah buat seluruh kerabat dan juga rakyat negeri perak.

Malaysia mara ke final Piala Thomas

Alhamdulilla Team Malaysia berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan kemenangan 3-0. Dan akan menentang dengan pencabarnya yang tidak disangka-sangka Jepun selepas jepun berjaya menumpaskan China di pusingan separuh akhir petang tadi.

image

Persoalannya : Adakah Malaysia akan berjaya membawa pulang semula Piala Thomas selepas 22 tahun menanti?

image

Pasukan Badminton Malaysia tahun 1992 yang berjaya membawa pulang Piala Thomas buat kali pertama tahun itu.

Saya dah excited lebih nie dan pastinya Final Piala Thomas akan menjadi yang terhangat nanti.

Berita Awani
KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas apabila menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di New Delhi pada malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia akan bertemuJepunpada Ahad ini yang mengejutkan juara bertahan China pada perlawanan sebelumnya.Kemenangan Malaysia dilakar menerusi pemain perseorangan Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.

Kejayaan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir ini mengulangi pencapaian yang sama pada 12 tahun lalu di Guangzhou, China dimana pada perlawanan akhir menentang Indonesia, Malaysia bagaimanapun tewas 2-3.