“SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR”

IMG_20141017_203408

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

‘Kenapa menangis ni?’

‘Lihatlah karangan budak ni..’

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah telefon pintar

“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar. Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar. Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar. Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa.”

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
‘Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
‘Abang, itu karangan anak kita!’

So Abam nak pesan pada sahabat dan juga pada diri Abam sendiri,walaupun sesibuk mana pun kita, tanggungjawab membesarkan dan memberi kasih sayang kepada pewaris kita jangan sesekali dilupakan. Kerana kita sebagai contoh kepada mereka, jika A kita lakukan sekarang, maka A lah ikutan mereka kelak begitu juga sebaliknya.

So spread the word, tak kira anda nak kongsi post atau pun nak copy paste dipersilakan. Abam takkan berkecil hati.

[VIDEO] Subhanallah Adik kecil bernama Musa menghafal 29 juzuk Al-Quran

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

Anak kecil ini berumur 5.5 tahun berasal dari Bangka, Indonesia telah menghafal 29 Juzuk Al-Quran dan telah di buktikan dengan ujian dari Sheikh Ali dan juga Ustaz Amir Faishol Fath. 

Disini juga saya ingin kongsikan video yang berkaitan untuk tatapan semua. Sekali lagi saya sungguh teruja dan sungguh terkesima atas pencapaian anak kecil ini.

Stesen televisyen RCTI menyiarkan acara bertajuk “Hafiz Indonesia”. Acara yang dibawakan oleh Irfan Hakim sebagai tuan rumah ini, melombakan hafalan Al-Quran oleh anak-anak. Yang menjadi juri pada ajang ini antara lain Lulu Susanti, Syeikh Ali Jaber, dan Ustadz Amir Faishol Fath.

Pada salah satu episod di acara ini, menghadirkan 2 orang peserta, iaitu Adi dan Musa. Adi berusia 4 tahun, berasal dari Tangerang Selatan, dan sudah hafal 2 Juz. Adi bercita-cita ingin hafal 9 Juz. Sedangkan Musa berusia 5.5 tahun, berasal dari Bangka, dan telah hafal 29 Juz. Ketika disebutkan anak ini telah hafal 29 Juz, sebahagian penonton seperti tidak percaya. Kata bapanya, Musa memang hafal 29 Juz dan masuk 30 juz, kecuali surat An-Nahl dan surat Bani Israil.

Untuk membuktikannya, Musa lalu diuji oleh Syeikh Ali. Irfan Hakim meminta Syeikh Ali membacakan ayat di mana-mana, surat berapa, dan juz berapa, lalu Musa yang akan meneruskannya. Kemudian Syeikh Ali membacakan sebuah ayat di surat Al-Baqarah. Lalu dilanjutkan dengan lancar oleh Musa. Salah seorang penonton pun menangis menyaksikannya. Syeikh Ali lalu membenarkan ayat yang dibacakan oleh Musa.  Irfan Hakim penasaran, lalu meminta Ustaz Amir Faishol Fath untuk turut mengujinya. Amir Faishol membacakan suatu ayat pada surat Ar-Rahman. Lalu Musa pun meneruskan bacaan ayat tersebut dengan lancar. Selepas disaksikan, Amir Faishol membenarkan bacaan yang diucapkan Musa.

Ternyata Irfan Hakim masih penasaran lalu menawarkan penonton untuk menguji Musa. Salah seorang penonton lalu mengajukan diri untuk mengujinya. Lelaki ini membacakan salah satu ayat di surat Al-Baqarah, dan lagi-lagi Musa dapat meneruskannya dengan lancar. Masih penasaran juga, Irfan Hakim pun menawarkan lagi kepada penonton untuk menguji Musa. Salah seorang wanita lalu membacakan salah satu ayat pada surat Muhammad, dan lagi-lagi Musa-pun boleh meneruskannya dengan lancar. Kali ini penonton mendengar dengan teliti bacaan Musa. Pada sesi ini Amir Faishol sebagai salah seorang juri kelihatan menangis tidak dapat menahan air matanya.

Ketika ditanyakan komentarnya oleh Irfan Hakim, Amir Faishol semakin menangis, dan penonton pun turut menangis. “Subhanallah …”, ujar Amir Faishol yang juga pernah menjadi redaksi dakwatuna.com ini.
Amir Faishol pun beranjak dari kerusi juri, suatu kejadian yang jarang berlaku pada perlumbaan ini. Dia menuju Musa dan mencium tangan dan keningnya, disaksikan oleh para penonton yang terharu.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai. Bahawa anak kecil sekalipun dia sangat terhad kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka kita semua tunduk, kerana Allah telah memuliakannya dengan Al-Quran. Bapak ibu tahu, ini wang, ini kertas (sambil menunjukkan selembar wang kertas, red). (Wang) ini tidak ada apa-apanya. Diinjak-injak, tetap dia berharga. Kerana apa? Kerana nilai. Sekalipun diinjak dia punya nilai. Dia menjadi berharga. Ini anak tidak punya kemampuan apa-apa. Tapi kerana nilainya membawa Al-Quran, dia menjadi mulia. Allah memuliakannya. “

Ujar Amir Faishol terbata-bata.

“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa. Tapi saya merasakan betapa Al-Quran adalah fitrah manusia. Satu-satunya kitab yang boleh dihafal. Sampai anak yang paling kecil pun, tidak boleh baca Al-Quran pun, boleh menghafal Al-Quran. Itulah fitrah manusia. “

Tambah Amir Faishol.

Syeikh Ali Jaber, pun mengulas,

“Itu sudah membuktikan janji Allah SWT. ‘Kami telah memudahkan Al-Quran untuk dipelajari’ (Al-Qamar: 17). Saya percaya dan yakin bukan orang tua saja yang bangga, bukan kita sebagai juri di sini bangga, tapi saya yakin 100% Allah juga bangga terhadap seorang hamba yang boleh berjaya menjadi ahlul Quran. Dan saya percaya dan yakin, seperti Musa ini masih banyak di negeri kita. Mudah-mudahan dengan wujudnya anak-anak seperti ini Allah berkahi negeri kita “.

Para penonton terharu menyaksikan sesi ini.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2014/06/30/53877/video-anak-55-tahun-dari-bangka-ini-hafal-al-quran-29-juz-juri-pun-menangis-dan-mencium-tangannya/#ixzz36ApeUbd5 

Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Tazkirah Ramadhan Days 1

Sempena Ramadhan ini marilah kita merenung sedikit tazkirah pendek..

RASULULLAH SAW BERSABDA:

“Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat”

“Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Huraian :

i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

BEWARE!!! Perhatikan anak-anak anda di musim CUTI PERSEKOLAHAN (TIPS Keselamatan Anak)

~Program Khidmat Masyarakat~

Marilah kita sama-sama beringat antara satu sama lain. Kelalaian walaupun sesaat boleh mengundang MERANA untuk selamanya. So sahabat sekalian Cuti sekolah sudah tiba, mari kita sama-sama bengingati diri kita dan juga sahabat kita yang lain akan kepentingan sentiasa mengambil peduli tentang keselamatan anak-anak kita.

Tips Keselamatan anak-anak:-

  1. Pastikan anda tidak terlepas pandang kemana dan dengan siapa anak anda berada.

  2. Ajar anak anda nama penuhnya, no talian telefon ibu, Alamat rumah.

  3. Pastikan anda ada gambar terkini anak-anak anda didalam wallet atau dalam simpanan anda, supaya senang untuk memohon bantuan dari polis jika berlaku sesuatu.

  4. Teman anak bawah umur anda untuk ke tandas (sehingga dalam tandas).

  5. Jika terpaksa berpisah, pastikan tempat pertemuan dan jangan ubah.

  6. Ajar anak anda untuk memohon bantuan dari anggota keselamatan seperti polis, security guard atau pergi kepada wanita yang bawa anak nya bersama-sama.

  7. Ajar anak anda untuk tidak mencari anda jika terpisah. Tetapi pohon bantuan dari orang seperti tips ke 6.

  8. JANGAN SESEKALI anda tinggalkan anak anda di kedai mainan berseorangan sementara anda pergi membeli belah.

  9. JANGAN pakaikan anak anda barang kemas yang berlebihan.

  10.  Pastikan anda membawa maklumat kecemasan bersama mereka.

SHARE with your family and friends if your love them!

Sponsor by: JTX banner

 

Rentetan kisah | Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling

Anda mungkin pernah terbaca kisah adik Nurkhatijah seorang anak yatim yang membayar yuran sekolah pakai duit syiling oleh datuknya.  Saya terpanggil untuk berkongsi cerita ini supaya lebih ramai masyarakat diluar sana akan mengetahui realiti sebenar kehidupan kita sekarang. Sebelum itu mari saya kongsikan dulu penulisan dari hamba Allah yang saya baca bagi sesiapa yang belum membaca kisah adik Nurkhatijah nie.1511871_10202748179123000_1768172702_o

Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak – anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.

Kisah ini berjaya menyentuh jiwa kecil saya. Rentetan dari kisah ini, Ustazah Khadijah bt. Alang Abd Syukor guru di tempat Nurkhatijah ini belajar telah membuat kutipan derma kilat bagi membantu adik Nurkhatijah dan seorang lagi pelajar Norsyafiqah bt. Abd. Rahim belajar di sekolah yang sama dengan adik Nurkhatijah.  Adik Nurkhatijah anak yatim kematian Ibu, manakala Norsyafiqah pula anak Yatim kematian ayah. Kedua-duanya perlu dibantu oleh kita.

Hasil dari kutipan kilat yang di buat oleh ustazah Khadijah, mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM1000.00 selepas sehari setengah mengumpul untuk adik Nurkhatijah dan Norsyafiqah, dan mereka dibawa untuk membeli-belah barangan persekolahan dan juga barangan harian.

1512764_10152124474629304_897947057_n

Nenek Nurkhatijah berada dirumah ustazah sebelum pergi ke pusat beli belah Hari-Hari untuk membeli pakaian persekolahan dan harian.

helmi mokhtar | Bayar Yuran Sekolah guna duit syiling

Adik Norsyafiqah bersama ibunya di rumah Ustazah.

Helmi Mokhtar | Bayar Yuran guna duit syiling

Adik Norsyafiqah dan adik Nurkhatijah sedang ber’shoping’

Kisah ini berlaku di tengah kotaraya iaitu Kuala Lumpur. Jika di bandaraya yang gah sebegitu masih ada lagi keluarga yang boleh dikategorikan sebagai miskin tegar yang tidak meminta-minta sebaliknya berusaha dengan tulang empat keratnya sendiri ini kan pula di ceruk kampung dan negeri lain. Jadi saya menyeru kepada pembaca sekalian

“carilah insan yang memerlukan bantuan ini supaya anda dan kita semua boleh membantu sesama kita dan supaya mereka juga boleh merasai setiap bait kemanisan hidup sementara nyawa masih ada, kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihintung di akhirat kelak. Ingat kita tak selalunya diatas, dan kita tak selalunya dibawah. Kita juga insan biasa yang akan memerlukan juga pertolongan anda yang lain.”

Kepada yang ingin membantu boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.

Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah

1. Nurkhatijah bt. Abdullah

2. Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah . No Akaun Ustazah :158024762835

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah – tengah masyarakat. Rezeki anak – anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.

p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu – alukan.