[VIDEO] Subhanallah Adik kecil bernama Musa menghafal 29 juzuk Al-Quran

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

Anak kecil ini berumur 5.5 tahun berasal dari Bangka, Indonesia telah menghafal 29 Juzuk Al-Quran dan telah di buktikan dengan ujian dari Sheikh Ali dan juga Ustaz Amir Faishol Fath. 

Disini juga saya ingin kongsikan video yang berkaitan untuk tatapan semua. Sekali lagi saya sungguh teruja dan sungguh terkesima atas pencapaian anak kecil ini.

Stesen televisyen RCTI menyiarkan acara bertajuk “Hafiz Indonesia”. Acara yang dibawakan oleh Irfan Hakim sebagai tuan rumah ini, melombakan hafalan Al-Quran oleh anak-anak. Yang menjadi juri pada ajang ini antara lain Lulu Susanti, Syeikh Ali Jaber, dan Ustadz Amir Faishol Fath.

Pada salah satu episod di acara ini, menghadirkan 2 orang peserta, iaitu Adi dan Musa. Adi berusia 4 tahun, berasal dari Tangerang Selatan, dan sudah hafal 2 Juz. Adi bercita-cita ingin hafal 9 Juz. Sedangkan Musa berusia 5.5 tahun, berasal dari Bangka, dan telah hafal 29 Juz. Ketika disebutkan anak ini telah hafal 29 Juz, sebahagian penonton seperti tidak percaya. Kata bapanya, Musa memang hafal 29 Juz dan masuk 30 juz, kecuali surat An-Nahl dan surat Bani Israil.

Untuk membuktikannya, Musa lalu diuji oleh Syeikh Ali. Irfan Hakim meminta Syeikh Ali membacakan ayat di mana-mana, surat berapa, dan juz berapa, lalu Musa yang akan meneruskannya. Kemudian Syeikh Ali membacakan sebuah ayat di surat Al-Baqarah. Lalu dilanjutkan dengan lancar oleh Musa. Salah seorang penonton pun menangis menyaksikannya. Syeikh Ali lalu membenarkan ayat yang dibacakan oleh Musa.  Irfan Hakim penasaran, lalu meminta Ustaz Amir Faishol Fath untuk turut mengujinya. Amir Faishol membacakan suatu ayat pada surat Ar-Rahman. Lalu Musa pun meneruskan bacaan ayat tersebut dengan lancar. Selepas disaksikan, Amir Faishol membenarkan bacaan yang diucapkan Musa.

Ternyata Irfan Hakim masih penasaran lalu menawarkan penonton untuk menguji Musa. Salah seorang penonton lalu mengajukan diri untuk mengujinya. Lelaki ini membacakan salah satu ayat di surat Al-Baqarah, dan lagi-lagi Musa dapat meneruskannya dengan lancar. Masih penasaran juga, Irfan Hakim pun menawarkan lagi kepada penonton untuk menguji Musa. Salah seorang wanita lalu membacakan salah satu ayat pada surat Muhammad, dan lagi-lagi Musa-pun boleh meneruskannya dengan lancar. Kali ini penonton mendengar dengan teliti bacaan Musa. Pada sesi ini Amir Faishol sebagai salah seorang juri kelihatan menangis tidak dapat menahan air matanya.

Ketika ditanyakan komentarnya oleh Irfan Hakim, Amir Faishol semakin menangis, dan penonton pun turut menangis. “Subhanallah …”, ujar Amir Faishol yang juga pernah menjadi redaksi dakwatuna.com ini.
Amir Faishol pun beranjak dari kerusi juri, suatu kejadian yang jarang berlaku pada perlumbaan ini. Dia menuju Musa dan mencium tangan dan keningnya, disaksikan oleh para penonton yang terharu.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai. Bahawa anak kecil sekalipun dia sangat terhad kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka kita semua tunduk, kerana Allah telah memuliakannya dengan Al-Quran. Bapak ibu tahu, ini wang, ini kertas (sambil menunjukkan selembar wang kertas, red). (Wang) ini tidak ada apa-apanya. Diinjak-injak, tetap dia berharga. Kerana apa? Kerana nilai. Sekalipun diinjak dia punya nilai. Dia menjadi berharga. Ini anak tidak punya kemampuan apa-apa. Tapi kerana nilainya membawa Al-Quran, dia menjadi mulia. Allah memuliakannya. “

Ujar Amir Faishol terbata-bata.

“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa. Tapi saya merasakan betapa Al-Quran adalah fitrah manusia. Satu-satunya kitab yang boleh dihafal. Sampai anak yang paling kecil pun, tidak boleh baca Al-Quran pun, boleh menghafal Al-Quran. Itulah fitrah manusia. “

Tambah Amir Faishol.

Syeikh Ali Jaber, pun mengulas,

“Itu sudah membuktikan janji Allah SWT. ‘Kami telah memudahkan Al-Quran untuk dipelajari’ (Al-Qamar: 17). Saya percaya dan yakin bukan orang tua saja yang bangga, bukan kita sebagai juri di sini bangga, tapi saya yakin 100% Allah juga bangga terhadap seorang hamba yang boleh berjaya menjadi ahlul Quran. Dan saya percaya dan yakin, seperti Musa ini masih banyak di negeri kita. Mudah-mudahan dengan wujudnya anak-anak seperti ini Allah berkahi negeri kita “.

Para penonton terharu menyaksikan sesi ini.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2014/06/30/53877/video-anak-55-tahun-dari-bangka-ini-hafal-al-quran-29-juz-juri-pun-menangis-dan-mencium-tangannya/#ixzz36ApeUbd5 

Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Advertisements

Tazkirah Ramadhan Days 1

Sempena Ramadhan ini marilah kita merenung sedikit tazkirah pendek..

RASULULLAH SAW BERSABDA:

“Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat”

“Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Huraian :

i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

Kisah disebalik Kedai Sukan Al-Ikhsan

Siapakah Yang Mengasaskan Kedai Sukan Al-Ikhsan? (Menarik!) | Admin percaya rata-rata daripada kita pernah mendengar tentang al-ikhsan ini. Sebuah jenama syarikat yang menjual barangan sukan. Tidak dinafikan juga, jika kita ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda tidak dapat tidak pasti akan ternampak papan tanda besar al-ikhsan. Ia mula meniti di bibir peminat apabila iklan kedai sukan ini sentiasa terpapar di akhbar-akhbar harian. Bukan sehari dua, malah berhari-berhari dan ini menunjukkan bahawa perniagaan ini benar-benar serius.

ali

Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010. Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

 719px-WC-2014-Brasil.svg
Kejayaan yang dicapai oleh syarikat ini bermula dengan modal kecil dan permulaan yang amat ‘humble’. Pada permulaannya Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup. Meskipun beliau juga menerima biasiswa, beliau memberitahu yang kesemuanya diberikan kepada ibu beliau “kerana kami bukan orang senang.”

Dalam berusaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.

Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mula mengusahakanperniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

106579_b
“Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.“Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,” katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya. Beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.“Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

“Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun. Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.

jualan murah al-ikhsan (1)

“Apa sahaja kita kena sabar…. perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka ‘komplen’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.

“Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada…ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

“Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,” katanya. Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

“Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

“Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya… kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya.

Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.

“Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.

Kini terdapat sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud yang menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya. Malahan kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.

Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan. Jelas sekali dengan mendengar feedback dari pasaran, AL-ikhsaN mampu bertahan, malah berkembang dengan jayanya.

Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Kejayaan Ali Hassan mengembangkan kedai aL-ikhsaN ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada usahawan Melayu yang sering dianggap stereotaip dengan kisah kegagalan, untuk berusaha tanpa mengenal jemu, beristiqamah, sambil mempelajari untuk mendengar kehendak pelanggan dalam membina perniagaan.

Ali Hassan membuktikan kebenaran pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kisah yang terlambat. (Sayangi Isteri Anda)

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

*Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada saya dan para suami sekalian. Pengorbanan isteri tiada ternilai.. jika anda rasa anda penat di pejabat, isteri juga penat melayan karenah anak2 dan sibuk dengan kerja rumah yang tak pernah abis.

Kepada isteri ku FARAHDILA BINTI MISKAM, maafkan abang jika selama ini abang ada bersikap tidak ambil peduli terhadap sayang. Maafkan abang.

Semoga kita tidak terlewat untuk mengucapkan terima kasih dan sayangnya kita kepada pasangan kita.

Adik Damia Irsalina Seronok ke Sekolah

Damia Irsalina kebanyakan kita tidak mengenali beliau. Si cilik nie bukanlah artis glamer atau finalis bintang kecil, tetapi seorang insan istimewa yang mempunyai semangat yang tinggi.

image.jpg.pagespeed.ce.wt3_PaGJSg

Adik Damia Irsalina bt. Dr. Daeng Malis 7 tahun berasal dari Kampung Lubuk Batu, Kuala Berang Terengganu merupakan si cilik istimewa yang dilahirkan kudung kedua tangan dan juga kedua kaki, hanya kaki kiri sahaja yang mempunyai tiga jari yang membantu adik Damia melakukan aktiviti harian terutama menulis dan melukis. Damia mula bersekolah pada tahun ini di darjah satu sekolah Kebangsaan Kuala Temelong (SKKT) disini. Minat untuk menimba ilmu dikesan oleh ibunya yang melihat adik Damia sungguh teruja membelek buku dan juga mencuba pakaian sekolah yang dibeli.

xpix_gal1.pagespeed.ic.KrQq3Wu4Rd bersama rakan2

Kata adik Damia

“Saya seronok masuk sekolah hari ini, saya mahu belajar bersungguh-sungguh”

main_nz_020_1709 damia

Temuramah yang dijalankan bersama ibu Kak Nik (Nama timangan adik Damia Irsalina oleh tabloid tempatan menceritakan saat menambut kelahiran adik Damia.

Mengimbas semula kenangan manis sewaktu melahirkan Kak Nik (nama timangan Nur Damia Irsalina) pada 30 Jun, 2007, Rosnaini berkata semuanya berjalan lancar sepanjang kehamilan. Cuma saya perasan, pergerakan bayi dalam kandungan ketika itu agak perlahan, tiada tendangan yang kuat seperti ketika saya mengandungkan dua lagi kakaknya sebelum itu, kata jururawat itu.

“Malah, dua malam sebelum kelahiran Kak Nik, saya bermimpi mendengar suara yang menyatakan saya akan melahirkan anak istimewa, namun bila saya tanya apa dan bagaimana, suara misteri itu hanya menyuruh saya melihat bayi itu sendiri selepas dilahirkan.

“Hampir waktu bersalin, doktor memaklumkan saya perlu dibedah kerana kedudukan bayi yang masih songsang, namun sebaik tiba di bilik pembedahan, saya terus berasa sakit dan mampu melahirkan Kak Nik secara normal dengan mudah”, katanya tersenyum apabila mengingati semula detik penuh bermakna dalam kehidupan seorang wanita.

“Doktor, bagaimanapun menunggu kehadiran seorang lagi doktor pakar sebelum menyerahkan Kak Nik kepada saya dan apabila disuruh bersabar dan bersyukur terpilih sebagai insan bertanggungjawab memelihara anak istimewa, saya mula berdebar-debar.

“Saya tergamam apabila melihat bayi saya ketika itu, namun entah bagaimana datangnya kekuatan, tiada setitik air mata yang berlinang, sebaliknya saya terus mendakap Kak Nik dan mencium wajah comelnya, sama seperti anak lain,” katanya yang hanya mula menangis kesedihan apabila memikirkan masa depan puteri ketiganya itu yang terpaksa hidup sebagai insan kurang upaya.

Ketika wanita lain yang menjalani proses berpantang ceria bersama bayi mereka, Rosnaini terus dirundung duka memikirkan masa depan bayinya itu yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai insan istimewa.

Kehadiran si suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat sedikit sebanyak mampu merawat duka yang terpendam sehinggalah pada Disember 2007, ketika Kak Nik berusia empat bulan, pasangan ini menonton video mengenai Nick Vujicic yang memaparkan kemampuannya berdikari.

Menjadikan Nick Vujicic sebagai idola dan juga pemberi semangat

nick_vujicic07

Vujicic turut dilahirkan tanpa kaki dan tangan tetapi aktif menjalani kehidupan seperti biasa dan sehinggakan beliau memberi motivasi kepada mereka yang lain.

Video itu menunjukkan betapa gembiranya Vujicic mempamerkan kehebatannya berenang, meluncur ombak dan bermain segala bentuk jenis sukan dan menikmati hidup sama seperti insan normal lain.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu dan saya menangis keriangan kerana buat pertama kalinya saya melihat masih ada sinar untuk anak saya di dunia ini.”

Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Vujicic, termasuk kisah peribadinya, kerjayanya dan kecemerlangannya yang menjadi sumber inspirasi kepada kami sekeluarga,” katanya tersenyum. Seiring tumbesaran Kak Nik, saya sentiasa mengingatkan kepadanya agar bersyukur kerana dipilih Allah untuk diuji sebegini.

Walaupun ada kalanya Rosnaini yang hampir berputus asa dan setiap kali melihat beliau menangis, Kak Nik pula yang memujuknya agar jangan bersedih dan berjanji akan menjadi insan terbaik dalam hidup ini.

Nick-Vujicic

Peluang bertemu dengan Nick Vujicic

collage-(2)

Apabila mengetahui Vujicic datang ke Kuala Lumpur pada Ogos lepas, pasangan ini terus ke ibu negara untuk bertemu sendiri dengan idola mereka selama ini.

Walau dalam kesamaran, tidak mahir selok-belok jalan raya di ibu kota, dengan berpandukan GPS mereka menghala ke tempat Vujicic menyampaikan ceramahnya.

“Malangnya kami tidak dibenarkan masuk ke gereja tempat Vujicic berceramah atas alasan kami orang Islam, namun kami terus menunggu kelibatnya di luar dan berhasrat mahu mengekorinya hingga ke hotel penginapan agar dapat memenuhi hajat kami yang mahu bertentang mata dengannya.

“Memang rezeki kami, sebaik Vujicic keluar, kami terus mengekori rapat van yang dinaikinya sehingga van itu berhenti di sebuah stesen minyak dan di situlah kami sekeluarga berlari ke arah van itu untuk menyatakan hasrat kami kepada Vujicic,” katanya yang gembira apabila selebriti itu meluangkan masa untuk meraikan mereka dengan makan malam di hotel.

collage-(1)

Vujicic banyak bercerita tentang pengorbanan ibunya kepada Rosnaini di mana segala cabaran yang dilalui adalah sama seperti pengalaman jururawat ini yang akhirnya berjaya menyuntik semangat luar biasa untuk beliau terus melakukan yang terbaik buat Kak Nik.

“Mata Kak Nik bersinar-sinar sepanjang pertemuan itu dan kelihatan beliau sangat teruja melihat sendiri idolanya berada di depan mata, umpama mimpi menjadi kenyataan.

“Vujicic juga sempat memberi kata-kata semangat untuk Kak Nik yang direkod dalam video dan beliau pesan agar kami menayangkan video itu kepada Kak Nik apabila beliau dewasa kelak,” katanya yang sangat gembira apabila Kak Nik mula menunjukkan perubahan ketara selepas pertemuan itu.

joshlee

Nick-Vujicic-in-Malaysia

Sesungguhnya kisah Adik Damia Irsalina Daeng Malis ini sungguh memberikan inspirasi yang juga mengingatkan saya betapa kecilnya dugaan yang kita sebagai khalifah dimuka bumi terima berbanding dengan beliau. Sesungguhnya tiada jalan yang lain untuk lari dari masalah selain dari menempuhnya. Jadikan ini sebagai pendorong dan pemberi semangat dalam diri setiap dari kita tidak kira di bangku sekolah mahupun yang dewasa untuk terus berusaha menuju kejayaan.

Saya Helmi Mokhtar mendoakan semoga adik Damia Irsalina atau Kak Nik tabah dan dipermudahkan segala urusan harian sekarang dan juga masa hadapan. Berminat untuk bertemu dangan si cilik yang berjiwa besar ini. Insyallah satu hari nanti pasti kita akan bertemu Kak Nik.

– Helmi Mokhtar

Apa Beza Bapa Miskin dan Bapa Kaya? (Rich Dad, Poor Dad)

Korang mesti kenal dengan Robin Hood kan? Robin Hood disukai oleh ramai orang kerana kisahnya yang merompak wang dari orang-orang kaya dan kemudian membahagi-bahagikan hasilnya kepada orang miskin.

 robin_hood

Apabila kita melihat dari sisi radikal, tingginya populariti Robin Hood ini memperlihatkan bahawa ramai orang yang merasa bahawa dunia ini tidak adil kerana orang-orang yang kaya boleh memiliki wang begitu banyaknya.  Memang fakta menunjukkan bahawa sebahagian besar wang yang beredar ini dikuasai oleh hanya sebahagian kecil dari masyarakat.

Sekarang pertanyaannya adalah, bagaimana keadaan dunia apabila Robin Hood berjaya mengumpulkan semua wang yang ada dan membahagikannya secara rata kepada semua orang? Sekilas pandang dunia nampak lebih bahagia. Tidak ada lagi orang kaya, dan tidak ada lagi orang miskin. Semua orang hidup dengan kemakmuran yang sama.

 “Tidak ada lagi orang kaya, dan tidak ada lagi orang miskin.” 

Marshall Sylver, di dalam bukunya yang berjudul Passion Profit Power, menjelaskan lebih detail mengenai pertanyaan diatas.
passion_profit_and_power_02

Apa jadinya dunia ini apabila wang yang ada dibagikan secara sama rata ke semua orang?

Dan ternyata jawapannya cukup menyedihkan. Dalam waktu 5 tahun, keadaan wang akan kembali seperti keadaan terdahulu. Orang-orang kaya dahulu akan kembali menguasai sebahagian besar wang yang ada.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? 

Jawapannya ada pada pola fikir orang kebanyakan mengenai wang yang dimilikinya. Kebanyakan orang, yang pada akhirnya akan kembali miskin, akan berfikir “Enaknya wang ini digunakan untuk membeli apa agaknya?”. Kemudian wangnya dihabiskan untuk membeli barang-barang ataupun enjoy.
Pendek kata, setelah seluruh wang dibelanjakan, mereka kembali menjadi miskin.

Perkara yang berbeza terjadi pada orang kaya.

malaysian-richest-2013

Orang kaya akan berfikir bagaimana caranya untuk memanfaatkan wangnya agar dapat mendatang-kan wang lebih banyak lagi. Mereka akan menggunakan wangnya untuk membuka perniagaan, ataupun melabur. Akhirnya mereka akan mengumpulkan wang jauh lebih banyak dari orang biasa.

Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Orang-orang yang miskin lebih cenderung untuk menyalahkan kumpulan, orang lain ataupun nasib. Ini adalah tindakan yang tidak tepat. Tindakan menyalahkan tidak akan merubah orang miskin menjadi kaya.
Akan jauh lebih baik bila kita semua bersedia mengevolusi keadaan secara objektif. Kita boleh belajar dari orang-orang kaya di sekeliling kita, kita boleh pelajari pola fikirnya yang positif, dan kita boleh menerapkannya dalam kehidupan kita. 

“Orang kaya akan berfikir bagaimana caranya untuk memanfaatkan wangnya agar dapat mendatang-kan wang lebih banyak lagi. Mereka akan menggunakan wangnya untuk membuka perniagaan, ataupun melabur. Akhirnya mereka akan mengumpulkan wang jauh lebih banyak dari orang biasa.”

POKOK PANGKAL ADALAH KEPUTUSAN YANG ANDA AKAN BUAT

Green Leader Academy Malaysia

Di Green Leaders Academy Malaysia kami menerapkan bagaimana anda ingin menambah kekayaan anda supaya ianya kekal dan bertambah. Kami tidak memandang rendah setiap kemampuan dari kita. Tidak kira latarbelakang pendidikan mahupun taraf keluarga, kami ingin menjadikan setiap impian anda menjadi realiti.

  • Sampai bila kita ingin bergelumang dengan masalah kewangan yang sungguh memeningkan?

  • Sampai bila kita ingin menyalahkan kumpulan atau individu yang lain jika gaji kita tetap pada taraf yang sama?

  • Sampai bila lagi kita boleh bertahan dengan keinginan anak-anak?

  • Sampai bila lagi kita ingin menunggu durian runtuh dari pada majikan atau kerajaan.?

“Marilah bertindak sekarang untuk kita keluar dari masalah ini. Emas tak tunggu untuk timbul sendiri, Kita yang perlu mengalinya sendiri.”

KENAPA TUNGGU LAGI?

Jom bersama Green Leaders Academy Malaysia untuk kita merubah nasib kita dan keluarga.

Buat temujanji dengan Kami. Kami akan memimpin anda sehingga BERJAYA

580312_639020352779954_230374948_n

Helmi Mokhtar

019-359 6369

izwanhelmi.mokhtar@yahoo.com.my

https://www.facebook.com/helmimokhtar82

Salam Jumaat…

Salam Jumaat wahai sahabat yang budiman. Post kali ini adalah sekadar untuk berpesan-pesan kepada diri sendiri dan juga sahabat sekalian. Semoga dengan penulisan ini dapat membantu kita sedar akan kejahilan dan juga ketidak sedaran diri kita.. hehe

 

  1. Solat bukanlah “tayar ganti’ yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah ‘stereng’ yang menunjukkan jalan benar.

  2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? In

    i kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

  3.  Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

  4. S

    emua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

  5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

  6.  Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

  7.  Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

  8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana “bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? ” Dia menjawab, “ya, kehilangan visi anda! “

  9.  Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

  10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang…

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Kaabah

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

tumblr_mdp77xuZ4b1ri8kx3o1_1280

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

seni-bina-kaabah

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

pintu-kaabah

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

“Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama

 

 

إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

sumber -Jangan Lupa Tekan Share–

KAWAD KAKI

Video ini merupakan salah satu aktiviti yang biasa aku ceburi dulu…

KAWAD KAKI

Antara kejayaan yang aku dan pasukan perolehi sepanjang bersama Pasukan Istiadat Kastam Diraja Malaysia Johor adalah berjaya menjadi johan kawad kaki sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor tiga tahun berturut. Dan yang bestnya semangat setiakawan dan semangat berpasukan yang terlalu tinggi kami tunjukkan disetiap venue pertandingan. Memang syok giler la. Banyak lagi video yang aku dah buat untuk pasukan ini. Jika berkesempatan akan aku upload buat tatapan sahabat semua.
Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku
Selamat Berkawad kepada semua sahabat yang akan menyertai Perbarisan sempena menyambut Hari Kebangsaan kali ker 56. Hayati tema sambutan pada tahun ini “MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”. Jangan sesekali anda rasa berat untuk menyertainya. Anda sepatutnya berbangga dapat memasuki kontinjen yang anda wakili kerana ketika anda bergerak ke pentas utama nanti satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dan tidak mungkin dirasai oleh orang lain akan dirasai oleh anda. Dan saya percaya perasaan itu akan membuatkan bulu roma anda tegak. So berkawadlah dengan penuh semangat.

“ketika anda bergerak ke pentas utama nanti satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dan tidak mungkin dirasai oleh orang lain akan dirasai oleh anda”