Fakta tentang KURMA yang kita tidak tahu.

Sekadar perkongsian ilmu.

image

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

image

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

image

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia.

image

image

Suspek utama kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim diberkas POLIS

Anda ingat lagi cerita

bunuh tkpk

Hari ini berita yang dinanti-nantikan semua rakyat terutama Keluarga Allayarham Datuk Shaharuddin dan juga warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 

 

KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun diburu pihak berkuasa, suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya diberkas polis.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama tiga lagi individu lain dalam dua serbuan berasingan di Ampang dan Batu Caves, oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berdasarkan maklumat dan pemantauan yang dijalankan jam 5 pagi semalam. 

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SuspekutamakesbunuhTimbalanKPKastamdiberkaspolis/Article/?mutakhir=1

Kami mengucapkan Tahniah dan Syabas buat Pasukan Polis Diraja Malaysia di atas tangkapan tersebut. Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pembunuh yang sebenar dan juga dalang disebalik pembunuhan ini akan dihadapkan ke muka pengadilan.

[12 GAMBAR] TANAH MENDAP DI KL

Satu kejadian tanah jerlus berlaku di persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Pudu. Khabarnya kejadian ini akibat dari runtuhan terowong yang sedang dalam pembinaan. Dan ini pastinya akan mengakibatkan kesesakan lalulintas yang amat teruk. So sila rancang perjalanan anda. Dan yang bukan dari KL saya nasihatkan batalkan dulu niat untuk ke area yang disebut sebebtar tadi.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

[VIDEO] Subhanallah Adik kecil bernama Musa menghafal 29 juzuk Al-Quran

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

Anak kecil ini berumur 5.5 tahun berasal dari Bangka, Indonesia telah menghafal 29 Juzuk Al-Quran dan telah di buktikan dengan ujian dari Sheikh Ali dan juga Ustaz Amir Faishol Fath. 

Disini juga saya ingin kongsikan video yang berkaitan untuk tatapan semua. Sekali lagi saya sungguh teruja dan sungguh terkesima atas pencapaian anak kecil ini.

Stesen televisyen RCTI menyiarkan acara bertajuk “Hafiz Indonesia”. Acara yang dibawakan oleh Irfan Hakim sebagai tuan rumah ini, melombakan hafalan Al-Quran oleh anak-anak. Yang menjadi juri pada ajang ini antara lain Lulu Susanti, Syeikh Ali Jaber, dan Ustadz Amir Faishol Fath.

Pada salah satu episod di acara ini, menghadirkan 2 orang peserta, iaitu Adi dan Musa. Adi berusia 4 tahun, berasal dari Tangerang Selatan, dan sudah hafal 2 Juz. Adi bercita-cita ingin hafal 9 Juz. Sedangkan Musa berusia 5.5 tahun, berasal dari Bangka, dan telah hafal 29 Juz. Ketika disebutkan anak ini telah hafal 29 Juz, sebahagian penonton seperti tidak percaya. Kata bapanya, Musa memang hafal 29 Juz dan masuk 30 juz, kecuali surat An-Nahl dan surat Bani Israil.

Untuk membuktikannya, Musa lalu diuji oleh Syeikh Ali. Irfan Hakim meminta Syeikh Ali membacakan ayat di mana-mana, surat berapa, dan juz berapa, lalu Musa yang akan meneruskannya. Kemudian Syeikh Ali membacakan sebuah ayat di surat Al-Baqarah. Lalu dilanjutkan dengan lancar oleh Musa. Salah seorang penonton pun menangis menyaksikannya. Syeikh Ali lalu membenarkan ayat yang dibacakan oleh Musa.  Irfan Hakim penasaran, lalu meminta Ustaz Amir Faishol Fath untuk turut mengujinya. Amir Faishol membacakan suatu ayat pada surat Ar-Rahman. Lalu Musa pun meneruskan bacaan ayat tersebut dengan lancar. Selepas disaksikan, Amir Faishol membenarkan bacaan yang diucapkan Musa.

Ternyata Irfan Hakim masih penasaran lalu menawarkan penonton untuk menguji Musa. Salah seorang penonton lalu mengajukan diri untuk mengujinya. Lelaki ini membacakan salah satu ayat di surat Al-Baqarah, dan lagi-lagi Musa dapat meneruskannya dengan lancar. Masih penasaran juga, Irfan Hakim pun menawarkan lagi kepada penonton untuk menguji Musa. Salah seorang wanita lalu membacakan salah satu ayat pada surat Muhammad, dan lagi-lagi Musa-pun boleh meneruskannya dengan lancar. Kali ini penonton mendengar dengan teliti bacaan Musa. Pada sesi ini Amir Faishol sebagai salah seorang juri kelihatan menangis tidak dapat menahan air matanya.

Ketika ditanyakan komentarnya oleh Irfan Hakim, Amir Faishol semakin menangis, dan penonton pun turut menangis. “Subhanallah …”, ujar Amir Faishol yang juga pernah menjadi redaksi dakwatuna.com ini.
Amir Faishol pun beranjak dari kerusi juri, suatu kejadian yang jarang berlaku pada perlumbaan ini. Dia menuju Musa dan mencium tangan dan keningnya, disaksikan oleh para penonton yang terharu.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai. Bahawa anak kecil sekalipun dia sangat terhad kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka kita semua tunduk, kerana Allah telah memuliakannya dengan Al-Quran. Bapak ibu tahu, ini wang, ini kertas (sambil menunjukkan selembar wang kertas, red). (Wang) ini tidak ada apa-apanya. Diinjak-injak, tetap dia berharga. Kerana apa? Kerana nilai. Sekalipun diinjak dia punya nilai. Dia menjadi berharga. Ini anak tidak punya kemampuan apa-apa. Tapi kerana nilainya membawa Al-Quran, dia menjadi mulia. Allah memuliakannya. “

Ujar Amir Faishol terbata-bata.

“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa. Tapi saya merasakan betapa Al-Quran adalah fitrah manusia. Satu-satunya kitab yang boleh dihafal. Sampai anak yang paling kecil pun, tidak boleh baca Al-Quran pun, boleh menghafal Al-Quran. Itulah fitrah manusia. “

Tambah Amir Faishol.

Syeikh Ali Jaber, pun mengulas,

“Itu sudah membuktikan janji Allah SWT. ‘Kami telah memudahkan Al-Quran untuk dipelajari’ (Al-Qamar: 17). Saya percaya dan yakin bukan orang tua saja yang bangga, bukan kita sebagai juri di sini bangga, tapi saya yakin 100% Allah juga bangga terhadap seorang hamba yang boleh berjaya menjadi ahlul Quran. Dan saya percaya dan yakin, seperti Musa ini masih banyak di negeri kita. Mudah-mudahan dengan wujudnya anak-anak seperti ini Allah berkahi negeri kita “.

Para penonton terharu menyaksikan sesi ini.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2014/06/30/53877/video-anak-55-tahun-dari-bangka-ini-hafal-al-quran-29-juz-juri-pun-menangis-dan-mencium-tangannya/#ixzz36ApeUbd5 

Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

BEWARE!!! Perhatikan anak-anak anda di musim CUTI PERSEKOLAHAN (TIPS Keselamatan Anak)

~Program Khidmat Masyarakat~

Marilah kita sama-sama beringat antara satu sama lain. Kelalaian walaupun sesaat boleh mengundang MERANA untuk selamanya. So sahabat sekalian Cuti sekolah sudah tiba, mari kita sama-sama bengingati diri kita dan juga sahabat kita yang lain akan kepentingan sentiasa mengambil peduli tentang keselamatan anak-anak kita.

Tips Keselamatan anak-anak:-

  1. Pastikan anda tidak terlepas pandang kemana dan dengan siapa anak anda berada.

  2. Ajar anak anda nama penuhnya, no talian telefon ibu, Alamat rumah.

  3. Pastikan anda ada gambar terkini anak-anak anda didalam wallet atau dalam simpanan anda, supaya senang untuk memohon bantuan dari polis jika berlaku sesuatu.

  4. Teman anak bawah umur anda untuk ke tandas (sehingga dalam tandas).

  5. Jika terpaksa berpisah, pastikan tempat pertemuan dan jangan ubah.

  6. Ajar anak anda untuk memohon bantuan dari anggota keselamatan seperti polis, security guard atau pergi kepada wanita yang bawa anak nya bersama-sama.

  7. Ajar anak anda untuk tidak mencari anda jika terpisah. Tetapi pohon bantuan dari orang seperti tips ke 6.

  8. JANGAN SESEKALI anda tinggalkan anak anda di kedai mainan berseorangan sementara anda pergi membeli belah.

  9. JANGAN pakaikan anak anda barang kemas yang berlebihan.

  10.  Pastikan anda membawa maklumat kecemasan bersama mereka.

SHARE with your family and friends if your love them!

Sponsor by: JTX banner

 

Malaysia mara ke final Piala Thomas

Alhamdulilla Team Malaysia berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan kemenangan 3-0. Dan akan menentang dengan pencabarnya yang tidak disangka-sangka Jepun selepas jepun berjaya menumpaskan China di pusingan separuh akhir petang tadi.

image

Persoalannya : Adakah Malaysia akan berjaya membawa pulang semula Piala Thomas selepas 22 tahun menanti?

image

Pasukan Badminton Malaysia tahun 1992 yang berjaya membawa pulang Piala Thomas buat kali pertama tahun itu.

Saya dah excited lebih nie dan pastinya Final Piala Thomas akan menjadi yang terhangat nanti.

Berita Awani
KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas apabila menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di New Delhi pada malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia akan bertemuJepunpada Ahad ini yang mengejutkan juara bertahan China pada perlawanan sebelumnya.Kemenangan Malaysia dilakar menerusi pemain perseorangan Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.

Kejayaan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir ini mengulangi pencapaian yang sama pada 12 tahun lalu di Guangzhou, China dimana pada perlawanan akhir menentang Indonesia, Malaysia bagaimanapun tewas 2-3.

Sabarlah Ahmad Jauhari Yahya, CEO MAS

cover1TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.

Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.

najib-razak-china

51395728438_295x200

Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.

latest AJ_0

Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

hisham_

Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan.

Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah

ahmad_jauhari_yahya0803_400_266_70

JTX banner

Rakaman suara Menara Kawalan ke MH 370

Semoga seluruh rakyat Malaysia bersabar menanti berita dari Pesawat MH370. Teruskan doa kalian semoga yang terbaik buat penumpang dan juga anak kapal pesawat tersebut.

‪#‎PrayForMH370‬

Terjemahan:

“MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu.”