Ringkasan perkembangan kes MH370 HILANG mengikut hari

image

Kehilangan MH370: Perkembangan hari Kedua
9 Mac 2014 (Ahad)

KUALA LUMPUR: Usaha mencari dan menyelamat terus ditingkatkan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang pada awal Sabtu pagi. Usaha ini juga ditingkatkan dengan kerjasama beberapa negara jiran dan juga Australia dan Amerika Syarikat.

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih ingin maklumat yang kukuh.

Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:

  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat.
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
  • Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Susulan itu, pihak berkuasa terus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.
  • Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
  • Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
  • Kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.
  • Ahli keluarga penumpang MH370 lebih bersedia untuk luahkan perasaan bersama kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Sementara itu, sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370
  • Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
  • Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang melaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.
  • Perdana Menteri Australia Tony Abott berkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
  • Pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna kebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
  • Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Kehilangan MH370: Perkembangan hari pertama
8 Mac 2014 (Sabtu)

Kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines menggemparkan rakyat Malaysia dan dunia. Ia menjadi tajuk utama berita dunia dan trending di media sosial. Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:

  • Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
  • Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
  • Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
  • Pada jam 10.30 pagi, MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia.
  • Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.
  • Beberapa ahli politik negara menggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370
  • Selain itu, warga Twitter juga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending.
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam satu sidang media bahawa  kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.
  • MAS telah menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang.
  • Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan.
Advertisements

UPDATED!! – BERITA TERGEMPAR | Pesawat MH370 milik MAS hilang!!!

image

KUALA LUMPUR:  Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.”Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu. Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Continue reading

Kisah yang terlambat. (Sayangi Isteri Anda)

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

*Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada saya dan para suami sekalian. Pengorbanan isteri tiada ternilai.. jika anda rasa anda penat di pejabat, isteri juga penat melayan karenah anak2 dan sibuk dengan kerja rumah yang tak pernah abis.

Kepada isteri ku FARAHDILA BINTI MISKAM, maafkan abang jika selama ini abang ada bersikap tidak ambil peduli terhadap sayang. Maafkan abang.

Semoga kita tidak terlewat untuk mengucapkan terima kasih dan sayangnya kita kepada pasangan kita.

RON 97 naik lagi

Maklumat yang baru diterima dari sahabat group WA menyatakan harga petrol RON 97 akan naik sebanyak 5 sen bermula tengah malam 8 Januari 2014. Harga terkini selepas kenaikan akan menjadi RM 2.80 seliter. Berikut kandungan sms arahan kenaikan harga untuk pemilik stesen minyak Shell di Malaysia.

“D

ear Retailers, Please note that the price for VP97, VPR and KERO will be increased by 5 sen. New price for V-Power 97 = RM 2.80, V-Power Racing = RM 3.10 and KERO = RM 3.40. Please ensure the updates are effective from 0001 hours on 8 January 2014. The price for RON95 & AGO remain unchanged until further notice. Thank You.”

image

Apa tunggu lagi “seranglah” petrol station sebelum jam 12.00 malam ini.

Rentetan kisah | Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling

Anda mungkin pernah terbaca kisah adik Nurkhatijah seorang anak yatim yang membayar yuran sekolah pakai duit syiling oleh datuknya.  Saya terpanggil untuk berkongsi cerita ini supaya lebih ramai masyarakat diluar sana akan mengetahui realiti sebenar kehidupan kita sekarang. Sebelum itu mari saya kongsikan dulu penulisan dari hamba Allah yang saya baca bagi sesiapa yang belum membaca kisah adik Nurkhatijah nie.1511871_10202748179123000_1768172702_o

Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak – anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.

Kisah ini berjaya menyentuh jiwa kecil saya. Rentetan dari kisah ini, Ustazah Khadijah bt. Alang Abd Syukor guru di tempat Nurkhatijah ini belajar telah membuat kutipan derma kilat bagi membantu adik Nurkhatijah dan seorang lagi pelajar Norsyafiqah bt. Abd. Rahim belajar di sekolah yang sama dengan adik Nurkhatijah.  Adik Nurkhatijah anak yatim kematian Ibu, manakala Norsyafiqah pula anak Yatim kematian ayah. Kedua-duanya perlu dibantu oleh kita.

Hasil dari kutipan kilat yang di buat oleh ustazah Khadijah, mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM1000.00 selepas sehari setengah mengumpul untuk adik Nurkhatijah dan Norsyafiqah, dan mereka dibawa untuk membeli-belah barangan persekolahan dan juga barangan harian.

1512764_10152124474629304_897947057_n

Nenek Nurkhatijah berada dirumah ustazah sebelum pergi ke pusat beli belah Hari-Hari untuk membeli pakaian persekolahan dan harian.

helmi mokhtar | Bayar Yuran Sekolah guna duit syiling

Adik Norsyafiqah bersama ibunya di rumah Ustazah.

Helmi Mokhtar | Bayar Yuran guna duit syiling

Adik Norsyafiqah dan adik Nurkhatijah sedang ber’shoping’

Kisah ini berlaku di tengah kotaraya iaitu Kuala Lumpur. Jika di bandaraya yang gah sebegitu masih ada lagi keluarga yang boleh dikategorikan sebagai miskin tegar yang tidak meminta-minta sebaliknya berusaha dengan tulang empat keratnya sendiri ini kan pula di ceruk kampung dan negeri lain. Jadi saya menyeru kepada pembaca sekalian

“carilah insan yang memerlukan bantuan ini supaya anda dan kita semua boleh membantu sesama kita dan supaya mereka juga boleh merasai setiap bait kemanisan hidup sementara nyawa masih ada, kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihintung di akhirat kelak. Ingat kita tak selalunya diatas, dan kita tak selalunya dibawah. Kita juga insan biasa yang akan memerlukan juga pertolongan anda yang lain.”

Kepada yang ingin membantu boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.

Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah

1. Nurkhatijah bt. Abdullah

2. Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah . No Akaun Ustazah :158024762835

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah – tengah masyarakat. Rezeki anak – anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.

p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu – alukan.

Sekitar Acara |Karnival Permotoran Perak

KARNIVAL PERMOTORAN PERAK 2013

Seperti post yang terdahulu, saya dan team G-Sport (GLAM) menyertai Karnival Permotoran Perak 2013 yang berlangsung pada 21 Dis 2013 di tapak letak kereta Tsco Extra Ipoh. Pelbagai acara di jalankan sepanjang karnival. Kalau nak tahu layan jer la gambar yang sempar saya snap sepanjang hari …

Permotoran_perak_2013 (61) Permotoran_perak_2013 (62) Permotoran_perak_2013 (63) Permotoran_perak_2013 (64) Permotoran_perak_2013 (65) Permotoran_perak_2013 (66) Permotoran_perak_2013 (67) Permotoran_perak_2013 (69) Permotoran_perak_2013 (70) Permotoran_perak_2013 (71) Permotoran_perak_2013 (72) Permotoran_perak_2013 (73) Permotoran_perak_2013 (74) Permotoran_perak_2013 (77) Permotoran_perak_2013 (78) Permotoran_perak_2013 (81) Permotoran_perak_2013 (85) Permotoran_perak_2013 (87) Permotoran_perak_2013 (88) Permotoran_perak_2013 (91)

Yang tadi tue autoshow dari kategori open, K-Car, BMW classic, Ford Classic dan Mini Classic. Acara seterusnya adalah Audio Show a.k.a Audio Battle layan gambar jer la yer…

Permotoran_perak_2013 (125) Permotoran_perak_2013 (126) Permotoran_perak_2013 (121) Permotoran_perak_2013 (120) Permotoran_perak_2013 (119) Permotoran_perak_2013 (118) Permotoran_perak_2013 (115) Permotoran_perak_2013 (114) Permotoran_perak_2013 (113) Permotoran_perak_2013 (112) Permotoran_perak_2013 (111) Permotoran_perak_2013 (110)

Dan tak sah la kalau Auto Show takda ‘Cikaro’ atau aweks kan.. so layan sikit gambor awek yang sempat di snap pada karnival tue.

Permotoran_perak_2013 (95) Permotoran_perak_2013 (84) Permotoran_perak_2013 (59)

Ada lagi gambar babe nie tapi simpan la skit kan mana bleh tunjuk semua. hehehe..

dan ini pula sekitar booth JTX1000 gold dan rata-rata pengunjung berasa teruja dengan kehebatan minyak enjin JTX 1000 yang dibuktikan dengan demo menggunakan falex machine pada hari itu. Terima kasih kepada warga Ipoh dan jika berkesempatan dan ingin melihat sendiri ujian geseran (Friction Test) JTX 1000 boleh terus hubungi saya di talian

019-359 6369

so layan gambar dulu ok…

Permotoran_perak_2013 (132) Permotoran_perak_2013 (104) Permotoran_perak_2013 (143) Permotoran_perak_2013 (108) Permotoran_perak_2013 (58) Permotoran_perak_2013 (102)Thanks for watching.

Feel Free to Share.

Karnival Permotoran Perak

KARNIVAL PERMOTORAN PERAK

IMG-20131213-WA0042

Hujung minggu ini akan diadakan Karnival Permotoran Perak yang akan berlangsung di perkarangan Tesco Extra, Ipoh pada 21 Dis 2013 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Antara program yang diselitkan adalah pertandingan Auto Show, Audio Show atau Audio Battle, perkumpulan kereta klasik dari jenis BMW, Mini dan juga Ford.

Di hari itu juga ada pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. semua kategori yang disebutkan tadi akan dipertandingkan dan peluang untuk bawa balik hadiah amat cerah.

IMG-20131217-WA0006

Kami di GLAM tak lepas peluang untuk turut serta dalam karnival ini. GLAM akan membuka booth jualan dan juga demo produk pada hari tersebut gerai kami terletak  berhadapan dengan Ford Classic Gathering Area. Pada hari tersebut kami akan membuat jualan dan juga Friction Test bagi produk JTX 1000, JTX 1000 GOLD dan juga JTX 5000.

World's Best Lubricant

Datang untuk  melihat sendiri kehebatan minyak pelincir kenderaan JTX 1000 Gold

4 gambar kebakaran Flat Kg.Kerinchi

Flat Kg. Kerinchi Terbakar

Innalillahhiwainnailaihirojiun… Berita yang baru saya terima dari sahabat group WA. Berlaku kebakaran di Flat Kg. Kerinchi petang tadi. Minta tiada sesiapa yang mengelami kecedraan jiwa.

Ya Allah Kau selamatkanlah mereka ya Allah.
IMG-20131031-WA0075

IMG-20131031-WA0074 IMG-20131031-WA0073

IMG-20131031-WA0071

Bajet 2014

BAJET 2014

Bajet-2014

Bajet 2014 Malaysia akan berlangsung tidak lama  lagi iaitu pada 25 Oktober 2013. Seperti biasa, Cuepacs yang membawa suara & tuntutan 1.4 juta kakitangan telah menuntut daripada kerajaan Malaysia supaya menunaikan segala permintaan kakitangan awam Malaysia. Antara lain intipatinya ialah :

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%

    Continue reading