“SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR”

IMG_20141017_203408

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

‘Kenapa menangis ni?’

‘Lihatlah karangan budak ni..’

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah telefon pintar

“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar. Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar. Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar. Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa.”

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
‘Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
‘Abang, itu karangan anak kita!’

So Abam nak pesan pada sahabat dan juga pada diri Abam sendiri,walaupun sesibuk mana pun kita, tanggungjawab membesarkan dan memberi kasih sayang kepada pewaris kita jangan sesekali dilupakan. Kerana kita sebagai contoh kepada mereka, jika A kita lakukan sekarang, maka A lah ikutan mereka kelak begitu juga sebaliknya.

So spread the word, tak kira anda nak kongsi post atau pun nak copy paste dipersilakan. Abam takkan berkecil hati.

Advertisements

9 years and still counting…

Hari ini merupakan Ulang tahun ke 9 perkahwinan saya dan isteri (Farahdila Miskam). Dan juga hari kelahiran isteri tercinta.

Sebenarnya dia Isteri saya..

Sebenarnya dia Isteri saya..

 

Masih teringat lagi tanggal 3 Jun 2005 pabila saya menghenjut tangan Wali Isteri ku terasa berat di dada terus hilang dan bertambah berat di bahu dek kerana tanggungjawab yang perlu saya pikul. Pabila di ukur tempoh 9 tahun bersama, pasangan tak lari dari ditimpa kesulitan dan juga terguris. Bak kata pepatah

“sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” 

Buat isteri tersayang
“Abang ucapkan terima kasih kerana memahami diri ini. Terima kasih juga terima Abang seadanya.”

-Helmi Mokhtar

DSC02146

DSC02139

DSC02129

Nak tips tak?

Senang jer nak kekalkan kebahagian ada 3 syarat yang penting.

  1. Sikap menerima dan memberi perlu sentiasa diamalkan oleh suami mahupun isteri

  2. Tolak ansur merupakan kunci kepada segala kebahagiaan

  3. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan perbincangan dengan syarat tips no. 2 diambil kira 

 

315F3653

DSC00090

 

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteri ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Amin ya Rabbal Alamin

 

Cerebral Palsy | Apa, Sebab dan Rawatan

K_CP1

Apa Itu Cerebral Palsy.

Cerebral palsy (CP) adalah satu istilah yang luas digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pengidap “palsies” kronik yang mana terdapat gangguan yang menjejaskan kawalan pergerakan berpunca kerosakan ketika perkembangan otak. CP selalunya berlaku ketika usia 2 atau 3 tahun. Ianya diketegorikan gangguan otak nonprogressive yang bermaksud kerosakan otak tidak terus terjadi sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, gejala-gejala akibat kerosakan otak sering berubah mengikut masa – kadang-kadang ianya bertukar menjadi lebih baik dan kadang-kadang menjadi lebih teruk. CP adalah salah satu punca paling biasa kecacatan kanak-kanak kronik.

Antara 35% dan 50% daripada kanak-kanak mengidap CP akan mempunyai gangguan tumbesaran yang disertakan dan sedikit terencat mental. Mereka juga mungkin mempunyai masalah pembelajaran dan masalah penglihatan, pertuturan, pendengaran, atau bahasa.

Ramai yang masih tidak mengetahui sebab-sebab gangguan itu, tetapi terdapat bukti yang menyokong teori bahawa ianya daripada sebab

  • Jangkitan (Meningitis)
  • Kecederaan semasa kelahiran
  • Kurang bekalan oksigen ke otak sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
  • Dehidrasi yang melampau sehingga mengakibatkan kecederaan otak
  • Trauma fizikal di otak

cerebral-palsy-infographic

Apa yang menyebabkan penyakit Cerebral Palsy?

Sebelum lahir; 

  • berlaku jangkitan pada rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis sehingga menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi.
  • ibu mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & kurang darah semasa mengandung
  • si ibu mengalami pendarahan teruk semasa mengandung
  • kekurangan bekalan oksigen (anoxia)
  • Pendedahan kepada bahan2 toksik (alkohol, rokok & dadah) – merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.
  • Kekurangan zat makanan seperti makanan seimbang, vitamin & asid folik boleh menjejaskan pertumbuhan janin.
  • Faktor genetik – masalah terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan.

Semasa lahir; 

  • kelahiran tidak cukup bulan (premature birth)
  • bayi mengalami kecederaan otak semasa lahir
  • bayi lemas semasa lahir
  • bayi tertelan najis sendiri
  • jangkitan kuman semasa lahir
  • penyakit kuning (jaundis)

Selepas proses kelahiran;

  • Asphyxia – penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak
  • Shaken Baby Syndrome – bayi yang digoncang terlalu kuat semasa menangis
  • Keracunan ubat-ubatan – panadol, minyak tanah dsbgnya.
  • Tertelan benda asing – guli, duit siling
  • berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan @ penganiayaan fizikal.

Cerebral-Palsy-birth-disorders-article

Tanda dan simptom.

Tanda-tanda dan simptom muncul semasa peringkat awal atau semasa prasekolah lagi. Secara umum, tanda-tanda cerebral palsy adalah pergerakan seseorang akan terjejas disebabkan refleks dibesar-besarkan, kekakuan anggota dan otot postur yang tidak normal, gerakan luar kawalan, kegoyangan berjalan, atau antara gabungan ini.

Pengidap cerebral palsy juga mungkin mempunyai kesukaran ketika menelan makanan atau minuman dan biasanya mempunyai ketidakseimbangan otot  mata.

Kesan cerebral palsy pada kebolehan berfungsi amat berbeza. Sesetengah orang boleh berjalan dan ada yang tidak boleh berjalan. Sesetengah orang menunjukkan perkembangan intelek yang biasa, tetapi yang lain mungkin kurang upaya intelektual. Epilepsi, buta atau pekak juga boleh berlaku.

Jenis-jenis Cerebral Palsy

dwe00211g20_1_

Dikategorikan kepada 3 jenis

Spastik (otot-otot keras)

  • Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
  • Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
  • Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
  • Seluruh badan – “quadriplegia”

Ataxia 

  • Otot-otot tangan & kaki lembik
  • Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.

Athetoid/Diskinetik

  • Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
  • Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.

Kaedah rawatan/terapi

Terapi fizikal 

  • Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching) Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
  • Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.

Cerebral-Palsy-birth-disorders-article

Terapi hidro/air 

  • Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
  • Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang. Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.

Terapi cara kerja (Occupational Therapy)

  • Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki. Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya. Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.

Mengetahui-Penyebab-Cerebral-Palsy-2

Terapi pertuturan 

  • Melatih pergerakan bibir dan lidah. Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
  • Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)

Terapi Integrasi Sensori

  • Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan. Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.

Terapi ubat-ubatan 

  • Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan. Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
  • Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.

v10all

Pembedahan/Surgery 

  • Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu. Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
  • Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan. Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.

Peralatan (special equipment)

  • Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
  • Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan. Contoh: kerusi roda & walker

Bagaimana Bio Velocity dapat membantu

Bio Velocity dapat membantu pengidap Cerebral Palsy dengan melancarkan peredaran darah kepada setiap anggota badan yang memerlukan ketika tidur. Tidur yang nyenyak dapat mengembalikan dan memperbaharui sel-sel badan yang rosak.

bvsm-pic-1

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

Keistimewaan BVSM

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Sesungguhnya kanak-kanak cerebral palsy tidak boleh sembuh sepenuhnya. Akan tetapi terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mereka memaksimumkan keupayaan dan kekuatan fizikal, dan seterusnya dapat memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”

                                                                         (Riwayat Muslim dan Ahmad)

 

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi

Helmi Mokhtar

6

+6019.359 6369
Whatapps, Wechat, SMS, Call

email: askme@helmimokhtar.com

ROGOL | Bagaimana mengelak dan menghadapinya?

ROGOL (4)

Kejadian rogol boleh berlaku kepada sesiapa sahaja khususnya kaum HAWA. Tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang baru hendak meningkat dewasa. Si pelaku pula akan bertindak sekiranya ada peluang dan ruang diberikan oleh mangsa. 

ROGOL (9)

TAKTIK PEROGOL

Beberapa taktik dikesan yang digunakan penjenayah untuk mengumpan mangsa:

• Suspek akan membuat pemerhatian selama tempoh mana yang dikehendaki dan mengenal pasti mangsa terlebih dahulu
• Suspek akan berselindung di sebalik semak samun atau bahagian bangunan untuk memerhati mangsa sama ada bersendirian atau berkumpulan
• Suspek akan mengumpan mangsa dengan makanan atau permainan untuk mengekorinya masuk ke dalam kenderaan atau berjalan kaki
• Suspek juga akan mengumpan mangsa dengan menawarkan bantuan (sekiranya melihat mangsa berseorangan) atau berperwatakan baik yang akan menyelamatkan mangsa sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini.

ROGOL (6) ROGOL (1)

NASIHAT

Nasihat kepada PENJAGA:

• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai. 
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
• Mengawasi anak-anak yang kurang siuman atau OKU supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
• Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.

ROGOL (3)

Nasihat kepada WANITA dan REMAJA PEREMPUAN khususnya:

• Elak berjalan bersendirian.
• Membawa alat penggera peribadi.
• Sekiranya anda terpaksa bekerja sehingga lewat, pastikan ada orang lain dalam bangunan seperti penyelia atau pegawai keselamatan yang akan menunggu atau menemani anda. 
• Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau ahli perubatan yang tidak bertauliah. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
• Ketika hendak gunakan kenderaan awam pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
• Sekiranya merasakan diri diekori, tukar arah jalan atau lintas jalan. 
• Sekali sekala menukar laluan kebiasaan (jika ada) bagi mengelak dijadikan sasaran. Aktiviti rutin yang sama setiap hari boleh memudahkan suspek merancang jenayah terhadap mangsa

ROGOL (2)

BAGAIMANA MENGHADAPINYA?

SEKIRANYA menghadapi ancaman ROGOL:

• Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
• Bertenang dan tidak panik jika diugut atau diserang.
• Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang dibawa seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
• Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
• Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

PETUA MELAYAN ISTERI

Ini kena dengan time gini…time masing2 dah ngantuk nak tidur…

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

Tips melayan Isteri (1)

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.

Tips melayan Isteri (5)

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

eyecontact

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

Tips melayan Isteri (4)

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

Tips melayan Isteri (3)

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Tips melayan Isteri (2)

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

kredit: rakangroup

Apa Beza Bapa Miskin dan Bapa Kaya? (Rich Dad, Poor Dad)

Korang mesti kenal dengan Robin Hood kan? Robin Hood disukai oleh ramai orang kerana kisahnya yang merompak wang dari orang-orang kaya dan kemudian membahagi-bahagikan hasilnya kepada orang miskin.

 robin_hood

Apabila kita melihat dari sisi radikal, tingginya populariti Robin Hood ini memperlihatkan bahawa ramai orang yang merasa bahawa dunia ini tidak adil kerana orang-orang yang kaya boleh memiliki wang begitu banyaknya.  Memang fakta menunjukkan bahawa sebahagian besar wang yang beredar ini dikuasai oleh hanya sebahagian kecil dari masyarakat.

Sekarang pertanyaannya adalah, bagaimana keadaan dunia apabila Robin Hood berjaya mengumpulkan semua wang yang ada dan membahagikannya secara rata kepada semua orang? Sekilas pandang dunia nampak lebih bahagia. Tidak ada lagi orang kaya, dan tidak ada lagi orang miskin. Semua orang hidup dengan kemakmuran yang sama.

 “Tidak ada lagi orang kaya, dan tidak ada lagi orang miskin.” 

Marshall Sylver, di dalam bukunya yang berjudul Passion Profit Power, menjelaskan lebih detail mengenai pertanyaan diatas.
passion_profit_and_power_02

Apa jadinya dunia ini apabila wang yang ada dibagikan secara sama rata ke semua orang?

Dan ternyata jawapannya cukup menyedihkan. Dalam waktu 5 tahun, keadaan wang akan kembali seperti keadaan terdahulu. Orang-orang kaya dahulu akan kembali menguasai sebahagian besar wang yang ada.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? 

Jawapannya ada pada pola fikir orang kebanyakan mengenai wang yang dimilikinya. Kebanyakan orang, yang pada akhirnya akan kembali miskin, akan berfikir “Enaknya wang ini digunakan untuk membeli apa agaknya?”. Kemudian wangnya dihabiskan untuk membeli barang-barang ataupun enjoy.
Pendek kata, setelah seluruh wang dibelanjakan, mereka kembali menjadi miskin.

Perkara yang berbeza terjadi pada orang kaya.

malaysian-richest-2013

Orang kaya akan berfikir bagaimana caranya untuk memanfaatkan wangnya agar dapat mendatang-kan wang lebih banyak lagi. Mereka akan menggunakan wangnya untuk membuka perniagaan, ataupun melabur. Akhirnya mereka akan mengumpulkan wang jauh lebih banyak dari orang biasa.

Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Orang-orang yang miskin lebih cenderung untuk menyalahkan kumpulan, orang lain ataupun nasib. Ini adalah tindakan yang tidak tepat. Tindakan menyalahkan tidak akan merubah orang miskin menjadi kaya.
Akan jauh lebih baik bila kita semua bersedia mengevolusi keadaan secara objektif. Kita boleh belajar dari orang-orang kaya di sekeliling kita, kita boleh pelajari pola fikirnya yang positif, dan kita boleh menerapkannya dalam kehidupan kita. 

“Orang kaya akan berfikir bagaimana caranya untuk memanfaatkan wangnya agar dapat mendatang-kan wang lebih banyak lagi. Mereka akan menggunakan wangnya untuk membuka perniagaan, ataupun melabur. Akhirnya mereka akan mengumpulkan wang jauh lebih banyak dari orang biasa.”

POKOK PANGKAL ADALAH KEPUTUSAN YANG ANDA AKAN BUAT

Green Leader Academy Malaysia

Di Green Leaders Academy Malaysia kami menerapkan bagaimana anda ingin menambah kekayaan anda supaya ianya kekal dan bertambah. Kami tidak memandang rendah setiap kemampuan dari kita. Tidak kira latarbelakang pendidikan mahupun taraf keluarga, kami ingin menjadikan setiap impian anda menjadi realiti.

  • Sampai bila kita ingin bergelumang dengan masalah kewangan yang sungguh memeningkan?

  • Sampai bila kita ingin menyalahkan kumpulan atau individu yang lain jika gaji kita tetap pada taraf yang sama?

  • Sampai bila lagi kita boleh bertahan dengan keinginan anak-anak?

  • Sampai bila lagi kita ingin menunggu durian runtuh dari pada majikan atau kerajaan.?

“Marilah bertindak sekarang untuk kita keluar dari masalah ini. Emas tak tunggu untuk timbul sendiri, Kita yang perlu mengalinya sendiri.”

KENAPA TUNGGU LAGI?

Jom bersama Green Leaders Academy Malaysia untuk kita merubah nasib kita dan keluarga.

Buat temujanji dengan Kami. Kami akan memimpin anda sehingga BERJAYA

580312_639020352779954_230374948_n

Helmi Mokhtar

019-359 6369

izwanhelmi.mokhtar@yahoo.com.my

https://www.facebook.com/helmimokhtar82

Manfaat memegang ZAKAR?!!!!

Hai… saya baru terbaca artikel ini dari WA (whatapps) yang dihantar oleh insan yang sangat rapat dengan saya. Dan saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua kerana saya rasa artikel ini memberi manfaat bukan sahaja untuk SUAMI tetapi lebihnya untuk ISTERI/ WANITA. Dan dengan mengamalkan tips ini anda pastikan akan meningkatkan kemesraan dan juga keharmonian rumah tangga selain dapat manfaat seperti dibawah.

Dan saya harapkan dengan perkongsian artikel ini tidak menimbulkan perkara negatif. Dan saya Helmi Mokhtar TIDAK SAMA SEKALI menyokong maksiat dan juga apa-apa perkara yang bertentangan dengan agama Islam. Maksudnya BUKAN UNTUK DIPRAKTIKKAN OLEH PASANGAN YANG BELUM BERKAHWIN SAMA SEKALI. MAAF INI BUKAN PORNO: tapi untuk kesihatan terutama buat semua wanita yang bergelar Ibu atau Isteri

wanita Pegang zakar

Continue reading