Premium Beautiful

PENGENALAN

Premium Beautiful Corset

Korset Premium Beautiful adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan. Korset jenama nombor satu ini telah diiktiraf sebagai produk Superbrands yang diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya sepanjang hayat.
Berpandukan teknologi terulung dari tiga buah negara maju iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman korset Premium Beautiful ini telah dicipta untuk mempertingkatkan kesihatan disamping memberi pembentukan badan yang cantik.
Rahsianya terdapat pada bebenang korset Premium Beautiful yang disuntik dengan bahan yang menghasilkan gelombang Far Infrared (FIR) yang memberi kesan kebaikan kepada pemakai. Premium beautiful adalah satu-satunya korset pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR sejak 18 tahun dahulu sehingga kini.
Sudah ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi.
Korset Premium Beautiful ini didatangkan dengan set yang terdiri daripada Long Bra (coli), Long Girdle (seluar) dan Waist Nipper (bengkung). Setiap satu bahagian direka untuk memberi kesan kebaikan yang tersendiri tanpa mengurangkan faktor gaya yang cantik dan keselesaan.

Bahagian I – Long Brassiere

Premium Beautiful, Top Corset

Long Brassiere

Fungsinya:

1) Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.

2) Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.

3) Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coil dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.

4) 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.

5) Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.

6) Rekaan bentuk ‘ U ‘ pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.

7) Perhiasan berlian berbentuk rama – rama menonjolkan keunggulan produk.

8) Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

Bahagian II – Long Girdle

 

Premium Beautiful, Top Corset

Long Girdle

Fungsinya:

1) 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.

2) Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.

3) Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.

4) Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.

5) Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.

6) Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.

7) Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.

8) Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.

9) Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.

Bahagian III | Waist Nipper

 

Premium Beautiful, Top Corset

Waist Nipper

Fungsinya:

1) Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.

2) Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.

3) Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.

4) Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.

5) Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6) Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.

Cara Pemakaian Long Girdle:

premium beautiful, Top corset, helmimokhtardotcom

1. Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam.
2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa.
3. Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas.
4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa.

Cara Pemakaian Long Bra:

premium beautiful, Top corset, helmimokhtardotcom

1. Sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra.
2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang.
3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
5. Betulkan kedudukan bra.

Cara Pemakaian Waist Nipper:

premium beautiful, Top corset, helmimokhtardotcom

1. Lekatkan kesemua cangkuk.
2. Betulkan kedudukannya.
3. Tarik tali pelaras.
4. Tahan nafas dan cangkukkan.
5. Pastikan ianya selesa.

 

Panduan Memilih Pencuci / Losyen:

1. Gunakan syampu atau losyen yang disyorkan sahaja.
2. Gunakan losyen yang beralkali lemah atau neutral.
3. Jangan menggunakan pemutih klorin.
4. Meletakkan pakaian dalam ke dalam air setelah syampu atau losyen melarut dengan sepenuhnya.
5. Rendam dan cuci secara berasingan dengan pakaian lain terutamanya pakaian yang berwarna.

 

Panduan Mencuci:

1. Dilarang menggunakan mesin basuh, pakaian akan rosak dan menjejaskan fungsi F.I.R yang terdapat pada produk.
2. Rendam pakaian ke dalam air, setelah syampu atau losyen larut sepenuhnya.
3. Cuci menggunakan tangan pada suhu air yang rendah iaitu sekitar 30 degrees Celcius.
4. Mencuci bahagian kotor atau bahagian berpeluh dengan menggosok atau mengurut perlahan-lahan dengan tangan.
5. Biasanya, bahagian pinggul lebih kotor gosok menggunakan tangan semasa mencuci untuk mengelakkan kerosakan.

 

LARANGAN PENTING!

1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi.
2. Dilarang menjemur pakaian di bawah sinaran cahaya matahari.
3. Dilarang menggunakan seterika.
4. Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh.
5. Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air.

Panduan Menjemur:

1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud.
2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.
3. Jemur di tempat udara mengalir.
4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s