Malaysia mara ke final Piala Thomas

Alhamdulilla Team Malaysia berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan kemenangan 3-0. Dan akan menentang dengan pencabarnya yang tidak disangka-sangka Jepun selepas jepun berjaya menumpaskan China di pusingan separuh akhir petang tadi.

image

Persoalannya : Adakah Malaysia akan berjaya membawa pulang semula Piala Thomas selepas 22 tahun menanti?

image

Pasukan Badminton Malaysia tahun 1992 yang berjaya membawa pulang Piala Thomas buat kali pertama tahun itu.

Saya dah excited lebih nie dan pastinya Final Piala Thomas akan menjadi yang terhangat nanti.

Berita Awani
KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas apabila menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di New Delhi pada malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia akan bertemuJepunpada Ahad ini yang mengejutkan juara bertahan China pada perlawanan sebelumnya.Kemenangan Malaysia dilakar menerusi pemain perseorangan Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.

Kejayaan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir ini mengulangi pencapaian yang sama pada 12 tahun lalu di Guangzhou, China dimana pada perlawanan akhir menentang Indonesia, Malaysia bagaimanapun tewas 2-3.

Advertisements