Suspek utama kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim diberkas POLIS

Anda ingat lagi cerita

bunuh tkpk

Hari ini berita yang dinanti-nantikan semua rakyat terutama Keluarga Allayarham Datuk Shaharuddin dan juga warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 

 

KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun diburu pihak berkuasa, suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya diberkas polis.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama tiga lagi individu lain dalam dua serbuan berasingan di Ampang dan Batu Caves, oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berdasarkan maklumat dan pemantauan yang dijalankan jam 5 pagi semalam. 

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SuspekutamakesbunuhTimbalanKPKastamdiberkaspolis/Article/?mutakhir=1

Kami mengucapkan Tahniah dan Syabas buat Pasukan Polis Diraja Malaysia di atas tangkapan tersebut. Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pembunuh yang sebenar dan juga dalang disebalik pembunuhan ini akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Advertisements

Timb. Ketua Pengarah Kastam Malaysia DIBUNUH.

Pagi ini kami seluruh warga JKDM dan juga rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia ( Perkastaman/Cukai Dalam Negeri),  Dato’ Shaharuddin bin Ibrahim. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

TKPK Malaysia

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dipercayai oleh dua lelaki bermotosikal sewaktu beliau dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, pagi tadi. Pegawai ketiga tertinggi dalam Kastam yang mengetuai Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri itu dipercayai diekori dua orang suspek yang menaiki motosikal lebih kurang pukul 8 pagi di Lebuh Wawasan dari arah Dengkil. Shaharuddin, 58, rebah di bahu pemandunya selepas suspek-suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan ke arahnya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Allahyarham telah berkhidmat sebagai pegawai kastam selama 30 tahun.

Polis masih memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Ibu Pejabat Polis Putrajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pemeriksaan forensik menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian. Menurut polis, susupek dipercayai menggunakan pistol jenis automatik dan dua das tembakan mengenai leher mangsa.

Difahamkan Shaharudin disahkan meninggal dunia kira-kira satu jam lepas digegaskan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Jenazah akan dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah telah mengesahkan kejadian tersebut. “Polis tengah menyiasat motif serangan ini,” kata Ku.

“Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat dan kita tidak ada apa-apa prasangka atau buat apa-apa andaian pada masa ini. Allahyarham merupakan seorang yang berintegriti, tegas,”

– kata Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perhubungan Awam Aidid Tajuddin.

Kastam Bunuh

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah meninjau tempat kejadian kes tembak Timbalan Pengarah (Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Saharuddin Ibrahim di persimpangan Lebuh Wawasan, Putrajaya.

Kereta ditembak

Keadaaan Kenderaan yang dinaiki beliau

Kereta ditembak (2)

Gambar terkini Beliau klik sini.